Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Ubi Kentang Goreng ‘Crispy’ Guna 4 Bahan, Boleh Buat Macam-Macam Bentuk Comel!

resepi ubi kentang

Ubi kentang merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Bukan sahaja boleh dimasak dalam menu utama, malah terdapat pelbagai resepi ubi kentang yang sesuai dijadikan sebagai menu bekal anak-anak ke sekolah.

Tak perlu beli kentang goreng yang dijual di luar lagi kerana anda boleh buat sahaja di rumah dengan menggunakan 4 bahan. Paling penting bila buat secara ‘homemade’, kebersihan terjaga dan sudah pasti lebih enak!

Baca juga: Selepas Capati, Neelofa Kongsi Pula Resepi ‘Fries Homemade’…Netizen Puji Rajinnya!

RESEPI UBI KENTANG 4 BAHAN, COMEL-COMEL BOLEH BUAT BEKAL

resepi ubi kentang

Kalau dekat rumah ada banyak kentang tu, baik buat resepi ni. Rasa dia sedap lembut dan crispy di luar. Anak-anak mesti suka makan.

Bahan-bahan:

-4 biji ubi kentang
-2 sudu tepung gandum
-4 sudu tepung jagung
-Serbuk lada putih

Cara-caranya:

1. Kupas dan potong kentang. Kemudian basuh bersih dan bilas.

2. Rebus kentang yang sudah dikupas ke dalam air panas selama 10-15 minit. Pastikan sehingga lembut untuk mengelakkan sukar untuk dilenyek.

3. ⁠Angkat kentang tadi dan sejukkan dalam air tapis.

4. ⁠Lenyek kentang yang sudah lembut direbus sehingga hancur dan sekata.

5. ⁠Campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih sekali. Tambah sedikit air ke dalam kentang yang sudah dilenyek.

6. Gaulkan sehingga sebati.

7. Bentukkan mengikut kesukaan.

8. Goreng dalam api yang panas sehingga warnanya menjadi perang. Dah siap untuk dimakan.

resepi ubi kentang

*Comel kan?

Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!

Sumber: Anne Deena

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×