Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Bancuh Teh Chai Masala Ikut Sukatan Cawan, Betul-Betul ‘Kaw’ & Tak Terlajak Rempah!

teh chai

Teh Chai Masala merupakan salah satu jenis minuman yang sangat popular di India. Bahkan, minuman ini juga turut digemari oleh golongan ‘mat salleh’ dan juga tekak rakyat Malaysia. Hal ini kerana, teh ini bukan sahaja mempunyai rasa berlemak seperti teh tarik malah turut diselit dengan rasa berempah yang sangat bagus untuk kesihatan.

Oleh kerana telah masuk musim luruh dan menghampiri musim sejuk buat beberapa negara luar, ramai yang tercari-cari resepi chai masala ini untuk memanaskan badan. Untuk kita yang tidak mempunyai musim sejuk ini pun tak jadi masalah untuk minum bagi membuang angin dalam badan!

Baca juga: Rupanya Wujud Buah Pisang Warna Biru Dipanggil ‘Blue Java’ & Rasanya Macam Aiskrim Vanila!

CARA BANCUH TEH CHAI MASALA GUNA BAHAN ‘ORI’, INI SUKATAN BETUL

teh chai

Bahan-bahan Chai Masala:

-¼ cawan buah pelaga hijau keseluruhan (dengan cangkerang dihidupkan) 23 gram
-2 sudu besar biji adas 14 gram
-2 sudu teh ulas keseluruhan 4 gram
-1 sudu teh ajwain (biji karom) 2 gram
-2 sudu teh halia kisar 3 gram
-½ sudu teh kayu manis tanah
-½ sudu teh biji lada hitam keseluruhan lebih kurang 30 biji lada

Cara untuk buat Chai Masala:

1.Masukkan semua rempah ke dalam pengisar rempah dan kisar.
2.Masukkan air dan chai masala ke dalam periuk, dan biarkan ia mendidih.
3.Masukkan teh hitam lepas dan biarkan mendidih selama 3 minit.
4.Masukkan susu dan biarkan mendidih sepenuhnya (sehingga anda suka warna chai), kemudian tutup api.
5.Tapis ke dalam cawan teh.
6.Masukkan gula ke dalam cawan teh dan kacau. Teh sudah siap.

Sukatan untuk membuat 1 cawan Chai:

-8 auns air
-½ sudu teh chai masala
-1 ½ sudu teh teh hitam
-2 auns susu segar
-1 ½ hingga 2 sudu teh gula secukup rasa

Untuk membuat 2 cawan Chai:

-16 auns air
-1 sudu teh chai masala
-3 sudu teh daun teh hitam
-4 auns susu segar
-3 hingga 4 sudu teh gula secukup rasa

Untuk membuat 4 cawan Chai:

-32 auns air
-2 sudu teh chai masala
-6 sudu teh daun teh hitam
-8 auns susu segar
-6 hingga 8 sudu teh gula secukup rasa.

teh chai

Foto: cookidoo

*Selamat mencuba dan ‘feeling’ macam musim salji sedangkan tengah minum dalam bilik berhawa dingin!

Baca juga: Jangan Buang Rambut Jagung Yang Berjurai-Jurai, Rupanya PADAT Dengan Khasiat Bila Direbus!

Sumber: Nazran Abd Mutalib

Beli Bahan-Bahan murah di Shopee atau Lazada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×