Teh merupakan salah satu jenis minuman yang sangat popular di China dan Britain pada zaman dahulu. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis teh serta manfaat yang boleh diberikan kepada tubuh manusia berbanding mengamalkan minum kopi.
Oleh itu, berikut merupakan antara 4 jenis teh yang sedang popular di pasaran. Bukan sahaja menyihatkan badan malah rasa teh ini juga sangat sedap dan mampu membantu merelakskan minda. Jom cuba setiap satu!
Baca juga: Elak Rebah Di Pintu Klinik, Ini Rawatan PANTAS Bila Mabuk Terlebih Makan Durian!
4 JENIS TEH YANG POPULAR DI PASARAN, SEMUANYA BANYAK MANFAAT!
Teh pertama kali ditemui di China lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Pada abad ke-16, teh mula dikenali di Eropah melalui pedagang Portugis dan Belanda.
Pada abad ke-20 & 21, lebih banyak kajian saintifik telah dilakukan untuk memahami manfaat kesihatan teh. Dengan hanya teh yang mampu milik, anda boleh menikmati manfaat seperti peningkatan metabolisme, jantung yang lebih sihat, dan perasaan rileks tanpa membocorkan poket anda.
Namun, jangan terpedaya dengan produk teh campuran yang mahal, produk teh biasa dari jenama-jenama di pasaraya sudah mencukupi untuk anda mendapat manfaat kesihatan dari teh!
1.Teh Chamomile

-Meningkatkan tidur dan relaksasi
-Anti-radang
-Membantu pencernaan
–Menyokong kesihatan imun
-Mengurangkan stres
2.Teh Hijau

-Antioksidan tinggi, mengandungi catechin yang membantu melawan radikal bebas.
-Meningkatkan metabolisme.
-Mengurangkan risiko penyakit jantung.
-Meningkatkan fungsi otak.
3.Teh peppermint

-Melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kembung perut dan gas.
-Meningkatkan fokus, bau dan rasa yang menyegarkan boleh meningkatkan kewaspadaan mental.
-Mengurangkan sakit kepala dan migrain.
-Melegakan nafas berbau, membunuh bakteria dalam mulut.
4.Teh Jasmine

-Antioksidan tinggi
-Menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
-Menurunkan berat badan dan pembakaran lemak.
-Mengurangkan tekanan
-Membantu dalam pencernaan dan mengurangkan kembung perut.
*Yang paling jadi kegemaran penulis adalah teh jasmine! Wangi betul!
Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI
Sumber: Public Health Malaysia
