Dalam banyak-banyak jenis rendang, rendang ayam dan daging merupakan salah satu pilihan hidangan yang sering disediakan di pagi raya. Namun, tidak ramai yang tahu akan resepi sotong masak rendang.
Ya, sotong boleh menggantikan ayam dan daging sekiranya stok jualan bahan basah itu sudah habis untuk membuat rendang. Baru ada keunikan juadah raya di rumah anda berbanding rumah orang lain!
Baca juga: [TERKINI] Ini 26 Senarai Barangan Harga Kawalan, Sempena Aidilfitri 2025!
RESEPI SOTONG BUAT RENDANG

Gambar: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor
Dan cara membuat rendang sotong juga agak mudah. Jom lihat resipi sotong rendang oleh Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor yang dikongsikan semula oleh Kamariah Hashim.
Baca juga: 30 Biskut Raya Wajib Ada Masa Raya, Boleh Rambang Mata Semuanya ‘Favourite’!
Baca juga: Petua Masak Telur Sotong Supaya Tak Keras, Sedap Buat Kari!
Bahan-bahan:
- 500 gm sotong
- Santan
- 2 sb kerisik
- Daun limau purut
- Garam
- Gula
- Minyak
Bahan kisar:
- 20 tangkai cili kering
- 10 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3 cm lengkuas
- 3 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
Baca juga: Resipi Biskut Rangup Choc Chip & Red Velvet Paling Laris, Hanya Guna Bahan Yang Sama Je!
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan santan, kerisik dan daun limau purut.
- Kacau sampai naik minyak.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam serta sedikit gula.
- Masakkan sekejap dan jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
Siap juadah rendang sotong!
Nota penulis:
Kalau nak tahu tips masak sotong agar tak liat, tekan link artikel di bawah ini.
Baca juga: Tips Ibu Buat SAMBAL SOTONG Kekal Gebu, Tak Kecut Masa Memasak & Tak Liat Bila Kunyah!
Sumber: Kamariah Hashim
FT Image: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor
