Sotong sering menjadi pilihan ramai dalam pelbagai hidangan laut kerana teksturnya yang kenyal dan rasanya yang lazat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik rupa luarnya yang biasa, haiwan laut ini mungkin menyembunyikan sesuatu yang mengejutkan dan anda tidak perasan jika cara cuci sotong salah!
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan penemuan cacing halus dalam sotong, sekali gus mengundang rasa geli dan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Baca juga: 7 Masakan ‘Wajib Pro’ Sebelum Melangkah Ke Alam Perkahwinan, Berbaloi Hantaran Mahal!
INGATAKAN CARA CUCI SOTONG SELAMA INI BETUL, RUPANYA TAK BUANG CACING!

Foto cacing dalam sotong yang dikeluarkan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @sotongberkrimer, peniaga berkenaan berkongsi penemuan itu sambil menasihati orang ramai agar membersihkan sotong dengan lebih teliti.
“Saya siang sotong sebanyak 40kg sehari, dan semuanya ada cacing. Pastikan kelongsong cacing ini dibuang dengan betul,” katanya dalam video berkenaan.
Menurutnya lagi, hampir 99% sotong yang dibersihkan mengandungi cacing halus yang tersembunyi di bahagian tulangnya. Dalam satu lagi video, peniaga itu sekali lagi menunjukkan lokasi cacing-cacing tersebut. Kelihatan, gumpalan cacing halus yang masih hidup bergerak-gerak di atas tapak tangannya.
“Nampak banyak kan? Sebab tu penting untuk bersihkan sotong dengan betul,” ujarnya.
Katanya lagi, “Cacing ini bukan duduk di hujung, tapi di tengah bahagian sotong,” sambil menunjukkan tempat persembunyian haiwan halus tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai warganet terkejut dengan penemuan itu. Rata-rata mengaku tidak pernah menyedari kewujudan cacing dalam sotong, malah ada yang menyangka ia adalah telur sotong.
“Sepanjang saya siang sotong, tak pernah pula jumpa cacing macam ni,” netizen.
“Selalu yang putih-putih tu saya rebus makan sekali, ingatkan telur sotong,” kongsi seorang lagi.
Seorang pengguna pula meminta penjelasan lanjut, “Bang, boleh tak tunjuk beza antara telur sotong dengan cacing ni, tolonglah.”
Setakat ini, video peniaga tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan di TikTok dan terus menjadi bualan netizen yang kini lebih berhati-hati ketika menyediakan sotong untuk hidangan. Harapnya selama ini tidak dimakan cacing tersebut yang disangka telur sotong!
@sotongberkrimer Membalas kepada @Mimie Mastura ♬ bunyi asal – GERAI MEE KAKI UDANG LKNP
Baca juga: Kalau Nak Jadi Calon Menantu Kesayangan, Kena Tahu 21 Jenis Ikan Di Pasar Ini!
Sumber: Tiktok @sotongberkrimer
