Salah satu menu yang tidak pernah bosan untuk dijamu selera adalah padanan ayam goreng bersama sambal penyet atau dipanggil nasi ayam penyet. Menu ini nampak macam mudah untuk dimasak namun, elemen paling penting adalah sambal wajib pedas kerana kalau tak ikut resepi sambal penyet yang betul, memang tak padu!
Oleh itu, berikut merupakan resepi sambal penyet yang sedap serta mudah bersama padanan ayam goreng ketumbar untuk anda. Hidangan lengkap ini boleh buat anda tambah nasi berpinggan-pinggan.
Baca juga: Step-By-Step Masak NASI TOMATO UTARA Yang Lengkap, Dekat Rumah Pun Bau Macam Kenduri!
RESEPI SAMBAL PENYET BERSAMA AYAM GORENG KETUMBAR, PADANAN YANG WOW!

Bahan-bahan ayam ketumbar:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Biji ketumbar
-Ayam (dicuci dan letak asing dalam bekas)
-Tepung Bestari
-Serbuk cili
Caranya:
1.Kisarkan bawang merah, bawang putih dan biji ketumbar. Tambah sedikit air.
2.Kemudian tuang bahan kisar ke atas ayam, gaulkan sehingga sebati.
3.Masukkan satu sudu serbuk cili dan dua sudu tepung Bestari.
4.Gaulkan sebati dan perap sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digoreng.
Bahan-bahan sambal ayam penyet:

-Bawang merah
-Bawang putih
-Cili padi
-Tomato (boleh tomato ceri atau biasa)
-Garam
-Gula
-Serbuk perasa
-Belacan
Caranya:
1.Goreng dalam 10 minit bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi dan tomato.
2.Toskan minyak dan tumbuk guna lesung batu atau guna ‘chopper’.
3.Kemudian baru masukkan garam, gula, serbuk perasan dan secubit belacan.
4.Tumbuk sehingga lumat dan gaul rata.

*Ayam dah siap digoreng dan sambal penyet pun siap! Boleh makan bersama nasi putih dan potongan timun. Selamat mencuba!
Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
Sumber: adlinelina7
