Euforia Bola 2026
Dapur

‘Try’ Sekali Terus Ketagih, Ini Resipi Ayam Goreng Thai Paling Mudah & Rasa Macam Makan Di Hatyai!

ayam goreng thai

Menu ayam goreng memang tidak pernah jemu dimakan. Bukan saja menjadi kegemaran orang dewasa, malah kanak-kanak pun memang suka. Kalau sebelum ini kita biasa makan ayam goreng biasa, ayam masak kicap atau ayam goreng sambal, apa kata kali ini cuba sesuatu yang berbeza iaitu ayam goreng Thai!

Menariknya, resipi ayam goreng Thai ini memang mudah disediakan, tetapi hasilnya seakan makan dekat Hatyai!

Baca juga: Telur Oh Telur…Ini Cara Pilih Telur Ayam Segar Macam ‘Pro’ Tanpa Perlu Goncang, Tengok Luar Je!

CARA BUAT AYAM GORENG THAI PALING MUDAH, BILA GIGIT RASA ‘TERBANG’ KE HATYAI!

ayam goreng thai

Bahan-Bahan

– Ayam (pilih bahagian kegemaran – kepak, peha, atau dada)

– 3 akar ketumbar

– 4 ulas bawang putih

– 1 sudu kecil serbuk lada sulah

– 1 sudu kecil gula pasir

– 1–2 sudu besar kicap cair Thailand

– Sedikit air

– Tepung beras secukupnya (untuk bancuhan perapan)

– Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Tumbuk akar ketumbar, bawang putih dan serbuk lada sulah menggunakan lesung batu sehingga lumat.

2. Masukkan gula pasir dan kicap cair Thailand, kemudian tambah sedikit air. Gaul rata.

3. Perap ayam dengan bahan tumbuk tersebut. Masukkan tepung beras untuk jadikan bancuhan lebih pekat.

4. Untuk rasa lebih sedap, biarkan ayam diperap lebih lama.

5. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sempurna. Jangan risau kalau ayam nampak tak garing pada awalnya, kerana ia perlukan masa untuk dapatkan warna keemasan yang cantik.

#Tip Tambahan

  • Kalau suka rasa lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk cili dalam bahan perapan.
  • Hidangkan bersama nasi panas, pulut, atau makan begitu sahaja dengan sos Thai.

ayam goreng thai

Senang bukan? Dengan bahan yang ringkas, anda boleh hasilkan Ayam Goreng Thai yang rangup di luar, lembut di dalam, dan penuh aroma wangi. Memang sesuai kalau nak cuba kelainan untuk hidangan keluarga!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!

Sumber: Tiktok @mysararidzuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×