Seorang kanak-kanak lelaki di platform Threads mencuri perhatian ramai apabila dirinya berjaya menggunakan resepi puding karamel oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Video tersebut dimuat naik oleh akaun Threads, @qs2baker dan pantas meraih pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Baca juga: 30 Idea Menu Lauk Kampung Untuk Berbuka Puasa, Memang Nostalgia & Rasa Macam Balik Kampung!
RESEPI PUDING KARAMEL CARA KA, BUDAK LELAKI INI BERJAYA HASILKAN

Menerusi kapsyen yang mencuit hati, ibu kepada kanak-kanak itu menulis secara berseloroh bahawa dia tidak meneruskan ‘misinya’ untuk menurunkan berat badan.
“Kepada Khairul Aming, anak saya buat jadi! Tak jadi maknya nak diet,” luahnya.
Dalam video berkenaan, kelihatan kanak-kanak lelaki itu menunjukkan hasil puding karamel yang siap dimasak dengan tekstur yang cantik dan sempurna. Malah, rupa bentuknya juga kelihatan kemas dan menyelerakan.
Keberaniannya mencuba resipi tersebut serta keyakinan mempamerkan hasil masakan nyata mengundang rasa kagum ramai.
Lebih mengujakan, Khairul Aming sendiri meninggalkan komen pada video tersebut sambil bergurau bahawa Pak Nil dan adik berkenaan diberi tugas untuk menjaga kelas.
“Good job dik. Awak dengan Pak Nil in charge jaga kelas nanti,” katanya.
Respons spontan itu menambahkan lagi keterujaan warganet, malah ramai yang menganggap kanak-kanak tersebut layak mendapat ‘gred A+’ dalam kelas memasak.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi positif. Antara komen yang mencuri perhatian adalah ramai rasa tercabar dengan kehebatan adik tersebut.
Ramai juga yang memuji ibu bapa kanak-kanak itu kerana memberi galakan dan pendedahan awal dalam bidang masakan.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan pengaruh positif kandungan masakan di media sosial apabila ia mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencuba perkara baharu secara kreatif dan produktif.
Bukan sahaja mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, malah ia turut mengeratkan hubungan keluarga apabila ibu bapa sama-sama memberi sokongan.
Nampaknya selepas ini, bukan sahaja orang dewasa, malah ‘chef cilik’ pun sudah mula menunjukkan bakat luar biasa di dapur!
Sumber: Threads Qs2baker
