Euforia Bola 2026
Dapur

Mantap! AEON Taman Universiti Dipuji Sedia Sudut Khas Resipi Khairul Aming, Mudahkan Pelanggan Cari Bahan

AEON TAMAN UNIVERSITI

AEON Taman Universiti, Skudai mendapat perhatian apabila memperkenalkan inisiatif kreatif yang memudahkan pelanggan mendapatkan bahan masakan berdasarkan resipi tular daripada Khairul Aming.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha proaktif dalam memahami trend semasa, khususnya apabila resipi yang dikongsikan pempengaruh berkenaan sering menjadi pilihan ramai setiap kali menjelang Ramadan.

Baca juga: Resepi Air Keladi Versi Creamy & Pekat Likat, Lega Tekak Bila Dapat Minum Masa Berbuka!

AEON TAMAN UNIVERSITI SEDIAKAN SUDUT KHAS, LETAK BAHAN MASAKAN IKUT RESEPI KHAIRUL AMING

AEON TAMAN UNIVERSITI

Melalui penyediaan sudut khas yang menghimpunkan semua bahan mentah dan ramuan diperlukan di satu lokasi, pelanggan tidak lagi perlu mencari barangan secara berasingan di beberapa lorong berbeza.

Inisiatif ini sekali gus menjimatkan masa serta memudahkan urusan membeli-belah, terutama ketika musim persediaan berbuka puasa yang lazimnya lebih sibuk.

Di sudut yang dilabel khas mengikut resipi, pelanggan tidak lagi perlu berjalan dari satu bahagian ke bahagian lain untuk mencari sos, rempah atau bahan mentah tertentu. Semuanya telah disusun berdekatan bagi menjimatkan masa dan tenaga, khususnya buat mereka yang membeli-belah dalam keadaan tergesa-gesa.

Inisiatif tersebut mula menjadi perhatian selepas beberapa pengunjung berkongsi gambar di media sosial. Rata-rata netizen memuji usaha berkenaan yang disifatkan sebagai memahami keperluan pengguna masa kini.

Ada yang menyifatkan langkah itu sebagai idea bijak kerana membantu terutama golongan yang kurang arif tentang susun atur pasar raya. Tidak kurang juga yang berpendapat pendekatan sedemikian memudahkan urusan suami atau ahli keluarga yang ditugaskan membeli barang dapur.

AEON TAMAN UNIVERSITI

Dari sudut perniagaan, tindakan mengumpulkan produk berkaitan dalam satu lokasi sebenarnya merupakan strategi pemasaran yang berkesan.

Dengan menyusun bahan berdasarkan tema atau resipi tertentu, ia bukan sahaja meningkatkan kemudahan pelanggan, malah berpotensi menggalakkan pembelian tambahan.

“Memang terbaik idea macam ni. Senang nak cari barang tak perlu pusing merata-rata dah,” komen salah seorang pengguna media sosial.

Pendekatan kreatif seperti ini dilihat mampu memperkayakan pengalaman membeli-belah, terutama ketika musim perayaan dan Ramadan yang menyaksikan peningkatan aktiviti di dapur.

Usaha yang dilakukan AEON Skudai ini juga diharap dapat menjadi inspirasi kepada premis lain untuk terus berinovasi demi keselesaan pelanggan.

Baca juga: 30 Idea Menu Lauk Kampung Untuk Berbuka Puasa, Memang Nostalgia & Rasa Macam Balik Kampung!

Sumber: Threads leaurora_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×