Setiap hari makan nasi putih biasa sahaja mungkin akan membosankan. Jadi, apa kata anda buat kelainan dengan mencuba resepi nasi butter simple yang sangat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis lauk.
Yang penting, nasi butter atau mentega akan menjadi kegemaran anak-anak yang susah untuk makan nasi. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Apam Gula Hangus Segebu Kapas, Ada Teknik Supaya Berongga Elok!
RESEPI NASI BUTTER SIMPLE, WANGI SEMERBAK!

Bahan-bahan:
-Butter/ Mentega
-Beras
-Bawang besar
-Bawang putih
-Halia
-Serai
-Daun pandan (kalau ada)
-Susu segar atau krimer sejat
-Perasa secukupnya
-Daun ketumbar

Cara-caranya:
1.Pertama, cairkan mentega terlebih dahulu. Untuk beras 6 pot (yang plastik itu) saya guna setengah buku mentega anggaran 125g.
2.Masukkan bahan kisar (bawang besar 1 biji, 4-5 ulas bawang putih, 2-3cm halia) dan serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.
3.Masukkan beras yang dah dibasuh dan ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi..tapi dlm gambar ni saya guna beras biasa je.Goreng selama 1-2 minit.
4.Masukkan susu segar atau krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 jenama ini sahaja. Farm fresh @ Marigold @ Gooday. Ada kesempatan nanti saya share kenapa saya hanya guna 3 brand tu..InsyaAllah)
5.Gaul sebati & tutup api.
6.Alihkan ke dalam periuk nasi atau kalau nak guna Noxxa pun boleh. Set saja setting macam masak nasi biasa itu.
7.Tambah air dan garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih sedap!
8.Siap! Ginilah rupa kejadiannya. Wangi semerbak bau Nasi Mentega ni.Buat untuk anak-anak pasti mereka suka!

*Nasi mentega ini sangat sesuai ‘dipadankan’ dengan pelbagai jenis lauk. Selamat mencuba!
Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!
Sumber: Ismi Yatie Ummu Haziq
