Setiap kali berkunjung ke restoran makanan India atau restoran ‘mamak’, nasi beriani sering menjadi pilihan ramai untuk digandingkan bersama beberapa jenis lauk yang lain. Namun, alang-alang dah berada di dalam bulan Ramadan, apa kata anda belajar cara masak nasi beriani di rumah dengan mudah.
Berikut merupakan perkongsian resipi nasi beriani yang mendapat perhatian pengguna laman Facebook kerana caranya yang mudah serta tidak menggunakan bahan rumit. Yang penting, hasilnya memang buat anda terliur!
Baca juga: Beza Buttercup Saiz Buku & Saiz Tong, Ibu-Ibu Yang Nak Buat Biskut Raya, Kena Tahu Perbezaan Ini
CARA MASAK NASI BERIANI MUDAH DAN ‘KICK’!

Bahan-bahan:
– Beras basmathi (rendam setengah jam dan toskan)
– Rempah beriani Mak Siti
– Bawang besar hiris
– Halia hiris
– Tomato buang biji dan hiris
– Tiga sekawan
– Kiub pati ayam
– Daun pandan
– Susu sejat setengah tin
– Marjerin
Cara-cara:
1. Panaskan majerin tumis 3 sekawan, kemudian masukkan halia dan bawang besar dan tomato. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan rempah beriani Mak Siti dan kemudian daun pandan.
3. Masukkan kiub dan garam.. Tumis sehingga sebati.
4. Tambah air dan susu dalam tumisan. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bahan tumis tadi bersama-sama air yang cukup untuk masak nasi seperti biasa.
#Ayam goreng mamak
Bahan-bahan:
– Ayam
– Serbuk kunyit
– Serbuk kari
– Serbuk cili
– Tepung gandum
– Garam
– Ajinamoto
– Daun kari
– Halia dan bawang putih (ditumbuk kemudian diperah jus kedalam ayam)
Cara:
1.Gaul sebati semua bahan. Biarkan bancuhan agak-agak melekat pada ayam. Tunggu setengah jam dan goreng sehingga masak.
#Dalca
Bahan-bahan:
– 3 sekawan
– Dal (direndam sejam dan direbus empuk)
– Carrot
– Kacang panjang
– Kentang
– Isi ayam
– Rempah kari
– Kunyit serbuk
– Daun kari
– Bawang putih, merah dan halia dihiris
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, merah dan halia dihiris bersama daun kari dan 3 sekawan.
2. Masukkan serbuk kari, kunyit serbuk. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam tunggu sehingga ayam masak.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dal yang telah direbus bersama sayur. Tunggu sehingga kentang empuk.
5. Letak garam dan penambah rasa. Santan 3 sudu dan siap!

*Tunggu apa lagi? Boleh sediakan barang untuk masak sebagai juadah berbuka nanti!
Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!
Sumber: Nur Aisya
