Euforia Bola 2026
Dapur

Petua Buat Kuah Laksam Lebih Pekat Berlemak, Jangan Tertinggal Tips No.2 Ini!

resepi kuah laksam

Menerusi laman Facebook milik Suhasnida Ismail, dia ada kongsikan resepi kuah laksam yang padu berlemak pasti memikat selera ramai.

Dalam perkongsian tersebut, Suhasnida menjelaskan tips nombor dua sangat penting untuk mendapatkan kuah laksam berlemak selain tidak cepat basi.

Baca juga: Resepi Rendang Daging Hitam Tak Payah Letak Kicap, Guna Teknik Ini Baru ‘Gelap’!

RESEPI KUAH LAKSAM PADU BERLEMAK, JANGAN SKIP TIPS NO.2

RESEPI KUAH LAKSAM

1. Ikan mesti segar

Rebus ikan dengan garam dan cuka supaya isi ikan lebih pejal dan senang nak asingkan dari tulang.

2. Resepi kuah laksam – bawang kena ada dua jenis

Guna campuran bawang merah biasa dan bawang holland kerana kedua-dua bahan ini dapat membantu membuatkan kuah lebih manis serta bau wangi semula jadi.

3. Jangan kedekut santan

Nak kuah sedap berlemak, santan mesti kena banyak. Baru rasa dia ‘naik’ dan pekat.

4. Cara buat laksam – sukatan garam dan gula kena betul

Jangan main agak-agak sangat sebab kuah nak kena ‘balance’ dengan rasa pedas sambal kita. Kena pandai kawal supaya semua rasa ‘masuk’.

5. Resepi kuah laksam – semua bahan kisar kena halus

Kisar betul-betul sampai halus biar kuah tak berketul dan rasa dia lebih sekata.

6. Nisbah air, ikan dan santan kena tepat

Jangan kedekut ikan dan santan tetapi jangan pula erlebih bawang. Nak kuah tak cepat basi, putih bersih boleh pakai santan kotak Kara. Sedap!

7. Ulam kena banyak

Antara yang biasa masuk:

  • Kacang panjang
  • Daun samok
  • Bunga kantan
  • Timun
  • Tauge
  • Kubis putih (Jika suka)
  • Daun kesum (Jika suka)

Dengan menggunakan resepi kuah laksam di atas, pasti masakan anda menjadi semakin sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Anak, Jangan Bawa Makanan Ini Kalau Tak Nak Kena Buang!

Sumber: Facebook Suhasnida Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×