Sebut sahaja laksam, pasti sudah terbayang keenakannya yang dimakan bersama kuah putih berasaskan ikan dan santan. Nak pula dapat menikmati laksam yang gebu memang puas hati dan cara buat laksam yang gebu gebas pun senang sahaja.
Buat anda yang menggemari makanan tradisi popular ini, kali ini penulis ingin berkongsikan cara buat laksam gebu yang boleh memuaskan perut anda!
Baca juga: Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!
CARA BUAT LAKSAM GEBU, INI RESIPINYA!

Umum mengetahui, laksam merupakan sejenis masakan tradisi daripada Negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras. Kebiasaannya, adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak.
Apabila mengeras sejuk, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Kemudian semasa dihidang, ia dipotong-potong kecil agar mudah menyerap kuah laksam.
Jadi, kalau nak rasa puas menikmati laksam yang gebu ikuti resipi Nor Zana di bawah.
Bahan-bahan dan cara memprosesnya:

- 500gm tepung beras cap teratai
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu tepung ubi
- 12 cawan metrik air biasa
- 1 sudu kecil garam
- Plastik putih bungkus nasi lepak
Baca juga: 7 Resipi Ringkas Untuk Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja, Cepat, Sedap & Buat Perut Kenyang!
- Mula-mula, campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi adunan yang sebati.
- Kemudian, kukus 3 hingga ke 5 minit.
- Setelah itu, tunggu sehingga ia betul-betul sejuk dan kering di mana tiada lagi lembapan air sebelum digulung.
- Sementara itu, pastikan dulang atau talam sudah diletakkan alas plastik yang sudah dipotong mengikut bentuknya sebelum mencurahkan acuan tepung.
- Akhir sekali, anda dah boleh menggulung laksam!
Melalui, cara ini saya tidak perlu meletakkan minyak dan sekiranya tiada tepung cap teratai, anda juga boleh menggunakan tepung cap bunga ros.
Kalau nak resipi kuah laksam, tekan sini.

P/s: Acuan loyang anda boleh dapatkan di kedai RM2 yang berhampiran.
Baca juga: Ikan Selayang (Sardin) Rebus Harum Mewangi, Sampai Licin Pinggan Sebab Cara Ini Isinya Lebih Pejal!
Sumber: Nor Zana
FT Image: Nor Zana
