Artikel kali ini penulis ingin kongsikan resepi karipap kambing black pepper yang sering dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Shida Razak KC.
Jelasnya, resepi karipap kambing ini digemari oleh keluarga dan lebih menarik lagi, kulit karipap kekal rangup dari pagi hingga petang. Wah!
Baca juga: Resepi Sambal Goreng Jawa Simple, Gerenti Menjadi & Paling Cepat Habis!
RESEPI KARIPAP KAMBING BLACK PEPPER, SEKALI MAKAN NAK LAGI

Resepi ini saya buat untuk makan sendiri bersama keluarga. Kesedapan karipap kambing ini perlu kita kongsi bersama. Jom cuba!
Bahan-bahan inti:
- 500gm kambing
- 1kg kentang potong dadu
- 1 sudu besar serbuk lada hitam (ditumbuk)
- 2 ulas bawang merah (tumbuk)
- 5 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1 sudu besar jintan manis (tumbuk)
- 1 sudu besar jintan putih (tumbuk)
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- Air rebusan kambing
- 1 ½ sudu besar serbuk cili
- Garam & gula secukup rasa
- 1 kiub daging
- Kicap manis secukupnya
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
Cara menyediakan inti:
1. Rebus kambing sehingga empuk dan dihiris dadu.
2. Kemudian, tumiskan bahan tumbuk iaitu bawang besar, bawang putih, lada hitam, jintan manis dan putih sehingga naik bau.
3. Dah naik bau dan bawang keemasan masukkan secawan air rebusan kambing.
4. Seterusnya, masukkan kiub ayam seketul.
5. Tambahkan serbuk cili, sos tiram, sos cili, kicap, serbuk kayu manis, gula dan garam.
6. Masukkan kentang dan stock rebusan lamb secukupnya untuk bagi kentang empuk.
7. . Tunggu sampai kentang empuk dan masukkan daun sup. Inti siap.
Resepi kulit karipap rangup dari pagi hingga petang:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar marjerin
– Gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti.
– Panaskan 1/3 cawan minyak, bila dah panas tuangkan dalam adunan tadi. Gaul menggunakan sudu.
– Kemudian, masukkan air sejuk anggaran 1 cawan sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak melekat di tangan.
– Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.
– Selepas 30 minit, uli semula doh dan boleh mula gelekkan sedikit demi sedikit.
– Bentukkan dan masukkan inti karipap pilihan sendiri. Sedia untuk digoreng.
Rugi kalau tak cuba resepi karipap kambing black pepper ini. Sedap!
Baca juga: Resepi Kek Matcha Cheese Leleh, Berlemak Manis & Pahit Memang Ramai Yang Suka!
Sumber: Facebook Shida Razak KC
