Siapa yang tidak suka makan karipap, bukan? Sama ada untuk minum petang, sarapan, atau bekalan ke tempat kerja, karipap sentiasa jadi pilihan ramai. Tapi cabaran sebenar bila buat sendiri di rumah selalunya terletak pada kulitnya kerana cara buat kulit karipap tersebut salah!
Sudah pasti yang diinginkan adalah yang rangup tapi tak terlalu keras, senang nak canai, dan tak serap minyak bila digoreng. Jangan risau! Resepi kulit karipap yang dikongsikan ini sangat mudah, tak guna banyak bahan, dan paling penting, confirm jadi dengan rangup. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya!
Baca juga: Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Gaya Mak-Mak Bikin ‘Ketagih’, Memang Satu Taman Boleh Bau!
Cara Buat Kulit Karipap Paling Mudah & Sedap

Bahan-bahan:
Tepung gandum – 1 kg *
Garam – 2 sudu kecil *
Minyak masak – ½ cawan
Marjerin – 3 sudu besar
Air – ± 400 ml (tambah sedikit demi sedikit)
Cara-cara:
1. Sediakan bekas tahan panas. Kalau guna mixer, boleh terus guna bekas besi mixer.
2. Satukan bahan bertanda (*) (tepung & garam) ke dalam bekas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Bila marjerin cair, tutup api dan tuang campuran minyak panas ke dalam bekas tepung tadi. Gaul guna senduk (jangan guna tangan sebab panas), sehingga jadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul hingga jadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras (macam plastisin/playdough). Doh yang terlalu lembik akan serap minyak bila digoreng.
5. Rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit. Lepas itu, boleh bentukkan doh ikut saiz yang dikehendaki dan terus masukkan inti karipap.

*Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Rempeyek Moden Guna Kulit Popia, Tak Perlu Bancuhan Tepung Tapi Tetap ‘Krup Krap’ Rangup!
Sumber: Nurul Sakina Aziz
