Air Bandung Soda adalah minuman viral yang digemari ramai, terutama ketika cuaca panas. Namun, penyediaannya kadangkala boleh menjadi rumit jika resepi air bandung soda ini tidak ikut nisbah tepat kerana boleh menjadi terlalu manis, terlalu cair, atau susu berketul.
Oleh itu, ini merupakan perkongsian dari saudara Khabbab Jamalludin tentang resepi dan teknik yang betul untuk anda menghasilkan air bandung soda yang betul-betul enak!
Baca juga: Cara Buat Cornflakes Caramel Viral ‘Basah’ & Melekit, Yang Ini Serius Sedap Tak Tipu!
RESEPI AIR BANDUNG SODA IKUT NISBAH BETUL, TAK BERKETUL!

Siapa yang biasa buat Soda Bandung mesti tahu, kalau guna campuran sirap, ais krim soda, susu, ia tak semudah tuang semua benda. Hal ini kerana, kalau teralah teknik; susu berketul, salah nisbah, rasa salah satu rasa akan lemah!
Bahan bahan :
1) Air Bandung F&N berkarbonat
2) Susu Cair Ideal- Kalau tak ada boleh guna Krimer Cair macam Carnation/F&N pun boleh
3) Ais (kalau sejuk pun tambah juga ais supaya kurang manis)
Cara-caranya :
1. Isikan ais separuh dari jumlah bekas yang anda nak guna. Kalau satu jug setengah jug, kalau satu cawan setengah cawan,
2. Selepas itu, masukkan air gas tu sehingga kira kira 4/5 dari bekas.
3. Tuangkan susu sejat, sampai bekas yang anda guna penuh.
4. Kacau dengan sudu supaya bahan bahan menyatu.

*Siap! Boleh hidangkan semasa berbuka puasa atau dijadikan sebagai minuman kepada tetamu semasa sambutan Hari Raya. Mesti akan dipuji ‘melambung’!
Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Polka Dot Versi ‘Estetik’, Wajib Ada Kuali Macam Ini Baru Menjadi!
Sumber: Khabbab Jamalludin
