Euforia Bola 2026
Dapur

24 Resepi Air Untuk Berbuka Boleh Buat Sendiri, Lega Bila Dapat Minum!

air untuk berbuka puasa​

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan 24 resepi air untuk berbuka puasa yang anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah untuk dinikmati bersama insan tersayang.

Berbuka puasa adalah saat yang dinanti-nantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Jadi, pemilihan air memainkan peranan yang sangat penting untuk tubuh kekal segar. 

Baca juga: Resepi Puding Susu Gula Melaka Lembut ‘Menggedik’, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

24 AIR UNTUK BERBUKA PUASA, LEGA TEKAK MINUM WAKTU BERBUKA

1. Air 3 benua

AIR UNTUK BERBUKA PUASA

Bahan- bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin buah koktel
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol air sprite

– Campur semua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

2. Air fresh fruit tea

AIR UNTUK BERBUKA PUASA

Bahan-bahan:

  • 2 uncang tea
  • Buah oren
  • Buah laici
  • 1/2 tin air laici (dalam tin)
  • Tembikai
  • Epel hijau
  • Gula secukupnya
  • Air
  • 3 biji limau kasturi
  • Ais

Cara Penyediaan:

– Potong buahan yang dipilih.

– Rendam teh dalam air panas, bila dah kembang keluarkan uncang teh tersebut.

– Masukkan gula dan kacau sebati.

– Masukkan pula air laici tin tadi.

– Perahkan limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang dipotong tadi.

– Tuangkan air teh tadi, siap untuk dihidangkan.

3. Air susu pisang gula melaka

AIR UNTUK BERBUKA PUASA

Bahan-bahan:

  • 1/2 kotak susu fresh milk
  • 2 biji pisang
  • 1-2 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • Ais

Cara Penyediaan:

–  Lenyekkan pisang dan cairkan gula melaka.

– Tuangkan fresh milk ke dalam jug dan masukkan esen vanilla serta garam.

– Kacau sebati dan tuangkan ke dalam jug berisi ais.

– Masukkan pisang yang dilenyek tadi. Hias dengan hirisan pisang.

– Siap untuk dihidangkan.

4. Air untuk berbuka puasa – Jus avokado

AIR UNTUK BERBUKA PUASA

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji buah avocado (ambil isinya sahaja)
  • 250ml susu segar
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu makan gula
  • coklat cair

Cara Penyediaan:

– Ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula.

– Tambahkan air mengikut kepekatan yang anda gemari.

– Letakkan coklat cair pada dinding jug.

– Tuang jus avocado ke dalam gelas.

– Tambahkan ais ke dalam jus. Sedia dinikmati.

5. Jus nanas laici biji selasih

AIR UNTUK BERBUKA PUASA

Bahan-bahan:

  • Nenas
  • Selasih
  • Laici
  • Gula

Cara penyediaan:

– Campurkan nenas, gula dan air.

– Masak dengan api yang sederhana sampai gula larut.

– Tutup api dan sejukkn sepenuhnya.

– Masukkan ais dalam bekas, air gula nenas yang dah masak tadi, buah laici tin dan biji selasih yang telah mngembang.

– Kacau dulu smpai sebati dan tambah sedikit air. Sedia untuk dinikmati.

6. Buah naga laici

air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah naga
  • 1 tin laici
  • Ais

Cara Penyediaan:

– Potong buah naga.

– Masukkan dalam pengisar, tuangkan air laici tin tadi.

– Kisar sehingga sebati.

– Tuangkan dalam jug yang berisi ais.

– Masukkan buah laici tadi. Siap untuk dihidangkan.

7. Air soda blue ocean

air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Air aiskrim soda
  • Pati oren Sunquick 3 sudu besar
  • Nata de coco 2 sudu besar
  • Lemon
  • Ais ketul
  • Daun mint(optional)

Cara penyediaan:

– Campurkan semua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

8. Air untuk berbuka puasa – Vanila blue

air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1 paket vanila blue
  • 2 cawan ice kiub
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 2 titik pewarna biru (food colouring)
  • 1 cawan air

– Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar.

– Kisah sehingga ais hancur dan sedia untuk dihidangkan.

9. Jus rinrap

air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 2 sudu sunquick orange
  • 1 sudu sirap rose
  • 3 sudu gula
  • Ketulan ais
  • 1/2 cawan air panas

Cara penyediaan:

– Campurkan sunquick orange bersama sirap rose dan gula.

– Bancuh dengan separuh air panas untuk larutkan gula.

– Kemudian boleh masukkan ketulan ais dan sedia untuk diminum.

10. Cadbury oreo

air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 4 keping biskut oreo
  • 1 sudu besar caramel syrup/1 sudu besar gula (jika suka manis)

Cara penyediaan:

– Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.

– Seterusnya, letakkan sedikit hirisan coklat di atas air. Siap untuk dihidang.

11. Jus sirap buah kabung

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Buah kolang kaling (buah kabung siap direbus dengan pewarna merah kuning)
  • 1 liter air
  • 300g gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • Perisa sirap ros merah dan kuning secukupnya
  • Selasih

Cara penyediaan:

– Masak air dengan gula, selasih dan daun pandan sehingga gula larut.

– Tuang air ke dalam jug dan isikan ais serta sirap kabung.

12. Vanila strawberry

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Perisa strawberry milk
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Ais batu

– Masuk serbuk strawberry dan air panas, kacau rata.

– Masuk susu pekat manis dan susu sejat mengikut tahap kemanisan yang anda suka.

– Kacau hingga sebati. Masuk ais dan sedia untuk diminum.

13. Bandung strawberry

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1 botol air perusa strawberry
  • 1 liter air
  • 1 tin susu sejat/cair
  • Gula mengikut cita rasa
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

– Masukkan air dan gula ke dalam bekas yang sesuai, kemudian kacau gula sehingga larut.

– Campurkan air berperisa strawberry, kacau rata.

– Kemudian masukkan susu sejat/cair dan kacau hingga susu sebati.

– Masukkan ais dan boleh dihidangkan.

14. Jus laici kiwi

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah kiwi – dibuang kulit
  • 1 tin buah laici
  • 1 gelas air laici
  • 2 gelas air mineral
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Ais kiub secukupnya

Cara penyediaan:

– Hiris buah kiwi bentuk tiga segi atau kiub untuk isian dalam air, ketepikan.

–  Masukkan air dan gula ke dalam jug. Kacau rata hingga gula larut.

–  Kemudian masukkan air laici, diikuti dengan buah laici dan buah kiwi.

– Akhir sekali masukkan ais kiub secukupnya. Sedia dihidangkan.

15. Fair lady

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Air oren secukupnya
  • 1 tin laici
  • Nata de coco secukupnya
  • 1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
  • Ais batu secukupnya

Cara penyediaan:

– Campurkan semua bahan di atas di dalam jug.

– Sedia untuk dihidangkan.

16. Air untuk berbuka puasa – Chocolate hazelnut

resepi air berbuka puasa​

 

Bahan-bahan:

  • Coklat hazelnut
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat
  • Air dan ais

Cara penyediaan:

– Masuk serbuk chocolate hazelnut dan air panas, kacau rata.

– Masuk susu pekat manis, susu sejat, kacau hingga sebati.

– Masuk ais dan 1 scoop aiskrim choclate chip dan sedia untuk diminum.

17. Keladi creamy

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Serbuk perisa keladi
  • Susu pekat manis
  • Gula
  • Coffemate
  • Sedikit air panas
  • Susu cair
  • Ais Secukupnya

Cara penyediaan:

– Campurkan serbuk perasa keladi, gula, coffemate, susu pekat ke dalam satu bekas.

– Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut.

– Tambahkan susu cair untuk lebih berkrim. Sediakan ais dan siap.

18. Cincau laici ketagih

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu full cream
  • 1 tin krimer sejat cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 block cincau (diparut)
  • 1 tin laici
  • Biji selasih secukupnya
  • Sedikit garam
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

– Campurkan semua bahan dan siap.

19. Sirap bandung tembikai

resepi air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji buah tembikai dipotong dadu
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu susu pekat
  • Sirap secukupnya
  • Ais secukupnya

– Campurkan semua bahan dan siap.

19. Tembikai laici sparkling

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Tembikai
  • 1 tin
  • Laici
  • Gula
  • Ais kiub
  • Air
  • Daun pudina
  • Limau nipis
  • Air sparkling

Cara penyediaan:

– Masukkan tembikai ke dalam blender bersama sedikit air dan juga masukkan satu tin laici.

– Masukkan sedikit perahan air limau nipis, beberapa helai daun pudina dan gula secukupnya.

– Kisar semua dan sedia untuk dihidangkan.

20. Milo soya cincau

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan cincau
  • Serbuk kopi
  • Air soya
  • Ais

Cara penyediaan:

– Bancuhkan serbuk milo, serbuk kopi dengan sedikit air panas.

– Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.

– Kemudian, penuhkan jug dengan ais kiub, masukkan setengah cawan air soya dan masukkan bancuhan serbuk milo serta cincau yang sudah siap diparut. Siap untuk dihidangkan.

21. Tembikai susu aiskrim vanila

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Tembikai (dibuang kulit dan biji – potong kecil)
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Ais krim vanilla
  • Susu segar
  • Sedikit ketulan ais

Cara penyediaan:

– Kisar tembikai bersama sedikit air dan gula.

– Kemudian masukkan sedikit ais krim vanilla dan dikisar sekejap.

– Tuang ke dalam jug dan masukkan susu segar dan ketulan ais mengikut kesukaan anda. Siap.

22. Laici susu

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu manis
  • Gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

– Campurkan semua bahan susu dahulu dan kacau sebati.

– Kemudian tambahkan air dari laici tin. Kacau dan siap.

23. Strawberry mojitos

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • Buah Strawberry
  • Gula
  • Air soda
  • Limau nipis

Cara penyediaan:

– Mula-mula sekali masukkan buah strawberry dan lenyek sehingga sedikit hancur.

– Perahkan limau nipis ke dalam jug, masukkan gula dan air berkabonat ke dalam jug.

– Kacau dan siap.

24. Air untuk berbuka puasa – Mojito green grapes

menu air berbuka puasa​

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air soda (disejukkan terlebih dahulu)
  • 1 genggam buah anggur hijau (seedless)
  • 3 biji limau nipis
  • 1 biji lemon
  • 1 tangkai daun pudina

Cara penyediaan:

– Masukkan air soda, daun pudina dan anggur hijau ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

– Kemudian tapis ke dalam jug, masukkan perahan limau nipis dan kacau rata.

– Sedia untuk dihidangkan.

*Diharapkan perkongsian resepi air untuk berbuka puasa ini memberi manfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Bukan Hanya Laksa Kedah, Ini 8 Jenis Lagi Laksa Popular Di Malaysia. Yang Mana Paling Sedap?

Sumber: Normaisara Abdul Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×