Aktiviti mencari lembu bertukar tragedi apabila seorang remaja orang kurang upaya (OKU), Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, dilaporkan hilang lebih 24 jam selepas keluar dari rumah di Kampung Permatang Pasir pada Rabu.
Kehilangan remaja istimewa itu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran sehingga memasuki hari kedua, namun masih belum menemukan sebarang petunjuk.
Baca juga: Rider Kecewa Pakaian Pelanggan Menjolok Mata Ambil Makanan, “Tahu Saya Dah Nak Sampai, Tapi Kenapa…”
REMAJA OKU HILANG KETIKA KELUAR MENCARI LEMBU

Gambar Sinar Harian: Dua anjing K9 JBPM yang digunakan bagi mengesan remaja hilang.
Pasukan penyelamat turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan bot dalam usaha mengesan remaja istimewa itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pencarian membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
Sementara itu, JBPM memaklumkan bahawa operasi SAR ditangguhkan pada jam 7 malam dan akan disambung semula pada jam 8 pagi, Jumaat.
Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!
Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama
[Terkini] Aidil berjaya ditemui

Tangkap layar menunjukkan Muhamad Aidil Asyraf (tengah) menangis ketika menemui ibu bapanya.
Misi mencari Aidil membuahkan hasil apabila mangsa ditemukan dalam keadaan lemah di Kampung Permatang Pasir di sini, jam jam 1.57 pagi Jumaat oleh penduduk bersama pasukan bomba.
Berdasarkan siaran langsung di aplikasi TikTok, anak kedua daripada enam beradik itu dilihat terpaksa dipapah oleh dua anggota bomba, manakala kedengaran penduduk kampung melaungkan azan ketika kejadian.
Difahamkan, remaja terbabit dikesan selepas mereka terdengar suara mangsa mengerang dalam keadaan terbaring di kawasan semak di belakang rumah penduduk sebelum berjaya diselamatkan.
Mangsa kemudian dibawa ke rumah penduduk berdekatan untuk berehat sebelum dilihat berpelukan dengan ibu bapanya dalam keadaan menangis.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa gara-gara mencari lembu yang hilang, seorang remaja lelaki dilaporkan sesat di kawasan Kampung Permatang Pasir.
Baca juga: Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan, Anak Sulung Ceritakan Detik Ngeri Ketika Kenderaan Terjunam Gaung
Sumber: Sinar Harian / Sinar Harian
FT Image: Sinar Harian
