Euforia Bola 2026
Famili

Dah 81 Hari Remaja Hilang, Ibu Yakin “Adik Nak Balik Tapi Ada Orang Tahan!” Pulanglah Anak

remaja hilang

Naluri seorang ibu membawa keyakinan bahawa Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14, remaja hilang dari rumahnya di Taman Seri Telok Mas, Melaka sejak 8 Mei lalu, sebenarnya ingin pulang ke pangkuan keluarga namun dihalang oleh individu tertentu.

Menurut ibunya, Noorlaili Mahat, 53, dia percaya anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak menjadi mangsa kemalangan atau perkara buruk, sebaliknya dipengaruhi pihak ketiga untuk terus menghilangkan diri.

Baca juga: Waris Dedah Kronologi Penuh Pemergian Tragik Arwah Zara Qairina & Tuntut Siasatan Telus

REMAJA HILANG 81 HARI, PULANGLAH MAISARAH

remaja hilang

Gambar oleh Amran Ali

“Mak cik rasa Adik (Maisarah) nak balik tetapi ada orang tahan, dia memang ada (hidup) lagi, mak cik percaya.

“Sehingga kini kami sekeluarga termasuk kakaknya masih mencarinya, namun tiada sebarang petunjuk. Kawan-kawannya juga tidak tahu keberadaannya,” katanya dengan nada hiba ketika dihubungi Kosmo!, pada Ahad.

Noorlaili berkata, sehingga kini dia dan suaminya, Mohd. Hassan Elias, 52, masih berusaha mencari anak mereka termasuk di kawasan berpotensi seperti sekitar rumah saudara-mara di Seremban, Negeri Sembilan.

Tiada petunjuk, tetapi tetap tidak berputus asa

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga tidak pernah berhenti berharap meskipun sehingga kini tiada sebarang petunjuk atau maklumat baharu diterima. Malah rakan-rakan Maisarah sendiri juga tidak mengetahui keberadaannya.

Tambahnya, pihak polis juga masih belum dapat memberikan perkembangan positif, namun dua minggu lalu anggota penyiasat ada mengambil sampel rambut, sikat dan pakaian milik Maisarah untuk tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Polis pun masih kesan dia, tak tahu dia ni pergi mana,” katanya.

Mengulas kemungkinan lain, Noorlaili yakin anaknya tidak mempunyai teman lelaki. Namun, dia tidak menolak kemungkinan bahawa Maisarah menghilangkan diri kerana terasa hati selepas dimarahinya kerana enggan ke sekolah.

Baca juga: Kereta Tenggelam Depan Mata, Pelajar UNIMAS Nekad Terjun Selamatkan Remaja Autistik!

remaja hilang

Gambar Arif Hamizan Miskon (Utusan)

Terdahulu, media melaporkan bahawa Maisarah dilaporkan hilang selepas keluar rumah bersama beg sekolah dan beberapa helai pakaian. Kali terakhir dia dilihat adalah sekitar jam 4 petang sebelum ibunya keluar bekerja.

Anaknya kemudian didapati tiada di rumah oleh kakaknya yang berusia 16 tahun, sementara telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. Laporan polis telah dibuat pada hari kejadian.

Sebarang maklumat diminta hubungi keluarga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nor Alieya Maisarah boleh menyalurkan maklumat terus kepada Noorlaili di talian 014-3818326.

Baca juga: Bayi Kepada Ibu Syahid Ain Farhana Sudah Usia 13 Hari, Namun Alami Jaundis! Mohon Doa Semua

Sumber: Kosmo!

FT Image: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×