Euforia Bola 2026
Famili

Gadis 14 Tahun Hilang 4 Hari, Ditemui Bersama ‘Teman Lelaki’ Usia 47 Kenal Dalam Online Game!

remaja hilang

Kisah kehilangan seorang remaja hilang akibat hubungan dalam online game menggemparkan keluarga dan warga maya baru-baru ini.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur dan tidak dapat dihubungi selama 4 hari. Setelah usaha mencari dilakukan, dia akhirnya ditemui oleh pihak polis di Batu Pahat, Johor.

Baca juga: Dah 81 Hari Remaja Hilang, Ibu Yakin “Adik Nak Balik Tapi Ada Orang Tahan!” Pulanglah Anak

REMAJA HILANG RUPANYA LARI IKUT LELAKI TUA USIA 47

remaja hilang

Apa yang mengejutkan, remaja itu dikatakan ke Johor semata-mata untuk bertemu dengan teman lelakinya iaitu seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun yang dikenalinya menerusi satu permainan video atas talian.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, bapa kepada remaja berkenaan yang bekerja di Singapura memaklumkan bahawa anak perempuannya tinggal bersama ahli keluarga lain di Kepong.

“Kira-kira dua hingga tiga minggu lalu, kawan kepada kakak saya melihat anak saya menaiki SUV putih di Kepong. Mereka sempat mengambil gambar dan menghantar kepada kakak saya,” katanya.

Ketika ditanya, remaja tersebut menjawab dengan nada bersahaja bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah ‘teman lelakinya’ yang dikenalinya dalam permainan online dan tidak sempat pulang pada masa itu.

Bapa remaja itu mengakui bahawa dia telah menasihati anaknya supaya menjauhi lelaki tersebut, namun si anak tetap mempertahankan ‘hubungan cinta’ itu dan mendakwa lelaki tersebut sangat kaya.

Baca juga: Waris Dedah Kronologi Penuh Pemergian Tragik Arwah Zara Qairina & Tuntut Siasatan Telus

remaja hilang

Perkara ini menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan remaja di dunia digital, terutamanya apabila mereka mudah terdedah kepada individu yang tidak dikenali melalui platform permainan atau media sosial.

Kisah ini menjadi satu peringatan besar kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di internet. Dunia digital yang terbuka luas bukan sahaja menawarkan hiburan, malah juga ruang untuk pemangsa menyasarkan mangsa yang naif dan mudah terpedaya.

Baca juga: Kereta Tenggelam Depan Mata, Pelajar UNIMAS Nekad Terjun Selamatkan Remaja Autistik!

Sumber: Sin Chew Daily

FT Image: Sin Chew Daily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×