Euforia Bola 2026
Sihat

Kaedah Rawat Strok Seperti Saranan Tok Guru, Kena Picit Jari Dan Baca Surah Ini 90 Kali

rawatan strok

Tuan Guru Ustaz Anwar Helmy berkongsi satu rawatan strok tradisional yang boleh diamalkan bagi individu yang mengalami masalah angin ahmar.

Menurutnya, langkah awal yang disarankan adalah membaca Surah al-Fatihah sebanyak 90 kali. Bacaan ini dianggap penting untuk menahan pergerakan angin ahmar agar tidak merebak ke seluruh tubuh pesakit.

Baca juga: Bungkus Laksa & Tomyam Panas Dalam Plastik Ada Risiko Kanser, Kena Pilih Bekas Yang Selamat!

RAWATAN STROK CARA TRADISIONAL TOK GURU AJAR

RAWATAN STROK

Freepik

Selain itu, dia menekankan kepentingan mencucuk jari-jari tangan dan kaki bagi mengeluarkan sedikit darah. Menurutnya, semua jari, baik di tangan mahupun kaki, perlu dicucuk sebagai langkah awal.

“Bila kena stroke, cucuk jari-jari biar keluar darah. Semua jari kaki, jari tangan. Lepastu bacakan Al-Fatihah 90 kali supaya angin ahmar tu tak berjalan ke seluruh tubuh, dia berhenti setakat tu,” jelasnya.

Kaedah ini dipercayai dapat menghalang pergerakan angin ahmar yang, menurutnya, jika tidak dihentikan awal, akan bergerak ke seluruh badan dan menyebabkan kesan strok yang lebih lama.

Selepas prosedur cucuk jari dilakukan, langkah seterusnya ialah membaca Surah al-Fatihah sebanyak 90 kali dan meniup bacaan tersebut ke telinga pesakit. Menurutnya, kaedah ini membantu menahan pergerakan angin ahmar dan mempercepatkan proses pemulihan pesakit.

“Angin ahmar ni, selagi dia tak pusing satu badan, dia tak keluar. Itu yang kadang-kadang lama orang kena stroke,” katanya.

RAWATAN STROK

Flex Physiotherapy

Dia turut menekankan kepentingan mengambil perhatian awal sekiranya terdapat ahli keluarga atau individu di sekeliling yang mengalami strok.

“Kalau ada dalam kkalangan kita kena stroke, mula-mula cucuk dulu jari, cucuk dengan jarum, picit keluarkan darah, kemudian bacakan Al-Fatihah 90 kali, tiup dalam telinga. Mudah-mudahan stroke dia cepat sembuh. Angin ahmar dia kalah dengan Surah Al-Fatihah. Tu dinamakan Ummul Kitab,” tambahnya lagi.

Perkongsian ini disampaikan dalam syarah kitab Tauhid Addurussamin, dengan tujuan memberi panduan kepada masyarakat tentang kaedah rawatan yang berbentuk rohani dan tradisional bagi pesakit strok.

Menurutnya, kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyembuhkan secara fizikal, tetapi juga memberi kekuatan rohani kepada pesakit melalui keberkatan al-Quran.

Baca juga: JPN Umum Dua Nama Terpanjang Di Malaysia, Bacanya Pun Buat Ramai Ternganga – Nak Sebut Pun Habis Nafas!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×