Euforia Bola 2026
Cantik

9 Makanan Yang Buat Pipi Tembam & Dagu Berlapis, Cuba Henti Ambil Selama 21 Hari & Lihat Hasilnya!

pipi tembam

Bagi ramai orang, pipi tembam dan dagu berlapis bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah kadangkala mengurangkan keyakinan diri. Tanpa disedari, pemakanan harian boleh membuat wajah nampak sembap, puffy dan berlapis.

Baru-baru ini, perkongsian Bainun Kamaruddin di Facebook mendapat perhatian apabila beliau menyenaraikan sembilan jenis makanan yang sebaiknya dihentikan selama 21 hari untuk membantu wajah kelihatan lebih baik keadaannya.

Baca juga: Syampu Viral Atasi Masalah Kelemumur Macam ‘Salji’, Sangat Bagus & Hanya Boleh Dibeli Melalui Ahli Farmasi Saja

9 MAKANAN JANGAN AMBIL UNTUK PIPI TEMBAM & DAGU BERLAPIS

pipi tembam

Gambar hiasan 312food (pinterest).

Bainun turut menekankan, perubahan kecil dalam pemakanan dan konsisten mengelakkan makanan ini boleh memberikan kesan yang ketara pada muka. Berikut adalah senarai makanan yang perlu dielakkan:

  1. Kuih manis atau makanan bergoreng – Tinggi gula dan minyak. Kajian berkaitan aktiviti sebaceous menunjukkan ia membuat muka cepat berminyak.
  2. Roti putih tinggi indeks glisemik – Boleh meningkatkan insulin dengan cepat dan membuat muka nampak sembap.
  3. Biskut – Merupakan karbohidrat halus dan lemak trans, boleh mencetuskan jerawat dan membuat kulit kusam.
  4. Air manis – Gula berlebihan berkait dengan kerosakan kolagen dan kulit cepat tua serta kendur.
  5. Burger, kentang goreng, mi segera – Tinggi sodium, boleh menyebabkan badan menahan air dan muka puffy terutamanya bawah mata.
  6. Aiskrim – Gabungan gula dan produk tenusu, dikaitkan dengan jerawat hormon di kawasan dagu.
  7. Pastri – Gula dan mentega boleh meningkatkan risiko whitehead untuk kulit sensitif.
  8. Jajan atau keropok – Tinggi garam dan perisa, boleh menyebabkan kulit mudah iritasi dan jerawat pasir.
  9. Coklat manis – Sesetengah kajian menunjukkan ia boleh mencetuskan jerawat bagi individu tertentu.

Bainun turut berkongsi, “Kalau konsisten elak 9 jenis makanan ini selama 21 hari, anda akan perasan perubahan pada pipi dan dagu sendiri. Bukan magik, tetapi kesannya memang ketara.”

Baca juga: Niat Awalnya Nak Cuba Hilangkan Kusam Je, Wanita Terkejut Masker Semula Jadi Ini Beri Efek ‘Glowing’ Tanpa Mekap

Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada warga maya.

Seorang pengguna berkongsi, “memang menjadi, saya dah tiga bulan cut semua itu. Sekarang dah tak ada double chin. Badan pun rasa ringan je. Alhamdulillah.”

Seorang lagi berkata, “betul.. tapi saya belum boleh tinggalkan kuih keria gula nira hehehe.”

Rata-rata bersetuju bahawa pengurangan gula, jajan dan makanan masin memberi kesan ketara pada wajah. Salah seorang menyatakan:

“Setuju sangat dengan senarai ini, memang banyak makanan yang boleh buat muka cepat sembap tanpa kita sedar. Bila kurangkan gula, jajan dan makanan masin, pipi automatik nampak kurang puffy. Terima kasih kongsi info lengkap macam ni, sangat membantu!”

Baca juga: Pinggang Kerengga Bukan Lagi Tubuh Wanita Ideal Terkini, Saintis Dedah Bentuk ‘Curvy’ Lebih Menawan!

Sumber: Bainun Kamaruddin

FT Image: BecomeAestheticsClinic / Lenar Nigmatullin / Alamy Stock Photo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×