Euforia Bola 2026
Cantik

Badan Slim Tapi Dagu Berlapis, Rupanya Ini 5 Tabiat Harian Jadi Punca Anda Ada ‘Dagu Kedua’!

dagu berlapis

Pernah atau tidak ketika ambil gambar, tiba-tiba mata terus tertumpu pada bahagian bawah dagu kerana rasa macam ada ‘dagu kedua’ muncul tanpa diundang. Inilah yang dipanggil dagu berlapis atau double chin yang paling digeruni dalam kalangan wanita.

Menariknya, dagu berlapis bukan hanya dialami individu berbadan besar. Ramai yang bertubuh langsing dan berat badan normal juga mengalaminya kerana beberapa faktor kecil yang kita buat setiap hari tanpa sedar.

Baca juga: Top 10 Minyak Wangi Arab Paling ‘Trending’ Untuk Wanita & Lelaki, Tahan Lama & Harum Tak Ingat Dunia!

Apa sebenarnya punca dagu berlapis? Rupa-rupanya dari aktiviti harian!

dagu berlapis

Foto: freepik

Salah satu penyumbang paling besar ialah postur harian. Tabiat tunduk lama ketika melihat telefon, bekerja menghadap skrin dengan kepala ke depan, atau scroll media sosial sambil baring dengan bantal tinggi boleh menyebabkan kawasan bawah dagu ‘terbiasa’ berada dalam posisi berlipat.

Dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh membuatkan kulit dan lemak di kawasan tersebut berkumpul.

Selain itu, gaya hidup juga memainkan peranan besar. Kurang tidur, pengambilan makanan masin berlebihan serta kurang minum air boleh menyebabkan muka mudah sembap termasuk di bahagian dagu.

Tabiat merokok atau menggunakan vape pula mempercepatkan kehilangan kolagen, menjadikan kulit lebih cepat kendur. Tidak ketinggalan, makan lewat malam dan kerap mengambil snek manis boleh menyumbang kepada peningkatan lemak badan secara perlahan tanpa disedari.

Macam Mana Nak Elakkan?

dagu berlapis

Foto: freepik

Berita baiknya, ada beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan dan hasilnya boleh mula dirasai jika konsisten.

1. Betulkan postur badan

Angkat telefon ke paras mata ketika menggunakan gajet. Semasa duduk, bayangkan ada tali menarik kepala ke atas supaya leher tidak menolak ke depan.

2. Amalkan senaman “chin tuck”

Duduk tegak, tarik dagu ke belakang seolah-olah ingin membuat dagu berlipat kecil. Tahan selama tiga saat, ulang sebanyak 10 kali. Lakukan dua hingga tiga set setiap hari.

3. Kawal tabiat yang sebabkan sembap

Kurangkan makanan masin terutama pada waktu malam, pastikan pengambilan air mencukupi dan tidur yang cukup setiap hari.

4. Kurangkan lemak badan secara sihat

Jika mahu hasil yang lebih ketara, fokus kepada pemakanan seimbang dan lakukan latihan rintangan atau senaman ringan secara konsisten.

*Untuk makluman, dagu berlapis bukanlah satu masalah kesihatan. Namun ini boleh menjadi petunjuk bahawa tubuh dan rutin harian anda sedang ‘meminta’ perhatian. Kadangkala, perubahan kecil dalam gaya hidup sudah cukup untuk membantu anda kelihatan lebih segar dan yakin. Tiada dagu berlapis baru rasa ‘cun’ di setiap sudut gambar bukan?

Baca juga: Trending Semula! Air Bunga Kenanga Boleh Jadi ‘Infused Water’, Amalan Puteri Raja Zaman Dulu Untuk Penawar

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×