Kanser prostat merupakan antara kanser yang paling sering menyerang golongan lelaki, terutamanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
Pelbagai kaedah rawatan seperti pembedahan, radioterapi dan terapi hormon digunakan dalam perubatan moden untuk merawat penyakit ini. Namun begitu, ramai juga yang mula mencari alternatif semula jadi seperti menggunakan daun jambu batu sebagai rawatan.
Baca juga: Sungai BUKAN Tempat Cuci Perut & Buang Najis Lembu, Jangan Biasakan Benda Yang Salah
MASALAH KANSER PROSTAT BOLEH DIATAS GUNA JAMBU BATU?

Menerusi perkongsian di Facebook Dr Suri Roowi, beliau menjelaskan bahawa daun jambu batu yang membantu mengatasi masalah kanser prostat.
Jelasnya, kajian dilakukan oleh saintis di Jepun pada tahun 2012 mendapati teh daun jambu batu boleh menghalang beberapa jenis virus influeza.
Teh daun jambu batu boleh disediakan untuk merawat kanser prostat dengan merendam pucuk daun jambu kering atau segar dengan satu liter air panas.
“Kajian awal oleh Saintis Jepun pada tahun 2012 dapati teh daun jambu batu boleh rencatkan pertumbuhan 3 jenis virus influenza. Teh daun jambu batu disediakan dengan merendam pucuk daun jambu kering (20 g) atau fresh dengan 1 liter air panas (suhu 85oC selama 8 minit).
“Kajian juga dapati teh daun jambu batu adalah 3 hingga 5 kali lebih kuat berbanding teh hijau (untuk rencatkan pertumbuhan virus),” jelasnya.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia dalam Jurnal Life pada tahun 2023 mendapati ekstrak daun jambu batu bertindak sebagai anti kanser terutamanya kanser prostat.

“Kajian yang dilakukan oleh USM dan diterbitkan dalam Jurnal Life pada tahun 2023 dapati ekstrak daun jambu batu juga bertindak sebagai antikanser prostat yang kuat. Teh daun jambu batu juga boleh digunakan untuk atasi masalah diarrhea. Kajian oleh Saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam Journal of Chemistry pada tahun 2014 pula dapati ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis bahan berkhasiat.
“Bahan ini bertindak sebagai antioksidan, antiradang dan antiviral. Antara bahan berkhasiat yang tinggi dalam air teh daun jambu batu adalah procyanidin B, avicularin, guajaverin, catechin asid gallic, quercetin dan kaempferol,” katanya.
Kesimpulannya, daun jambu batu berpotensi besar sebagai alternatif sokongan dalam merawat kanser prostat berdasarkan kajian-kajian saintifik yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, penggunaannya daun jambu batu perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tidak menggantikan rawatan perubatan moden.
Baca juga: Wanita 20an Ini Alami Kegagalan Buah Pinggang, Takut Bila Baca Puncanya Walaupun Aktif Bersukan!
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi
