Terkini berita dunia, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, disahkan menghidap kanser prostat ‘agresif’, menurut kenyataan rasmi daripada pejabatnya.
Biden, 82, yang meninggalkan Rumah Putih pada Januari tahun ini, telah menjalani pemeriksaan oleh doktor pada minggu lalu untuk gejala masalah kencing.
Baca juga: Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 6 Lebuh Raya & 25 Laluan Ditutup Mulai 23 Mei!
JOE BIDEN HIDAP KANSER PROSTAT

Bekas Presiden AS, Joe Biden.
Beliau kemudiannya disahkan menghidap kanser prostat, dengan sel kanser telah merebak ke tulangnya.
Pejabatnya berkata dalam satu kenyataan,
“Pada Jumaat lalu, beliau disahkan menghidap kanser prostat, skor Gleason 9 (Kumpulan Gred 5) dengan metastasis ke tulang.
“Walaupun kanser ini mewakili bentuk penyakit yang sangat agresif, kanser tersebut juga sensitif terhadap hormon, sekali gus memberi ruang kepada rawatan yang berkesan.
“Presiden dan keluarganya sedang berbincang bersama pakar perubatan bagi memilih rawatan terbaik,” jelas kenyataan pejabat beliau.
Baca juga: Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 71 Sekolah Di KL & Selangor Laksana PdPR!
Menurut Cancer Research UK, skor Gleason 9 bermakna sel-sel kanser kelihatan sangat tidak normal dan penyakit itu kemungkinan besar berkembang dengan cepat.
Profesor Onkologi Urologi dari Universiti Glasgow, Dr Imran Ahmad, berkata bahawa kanser prostat adalah sangat biasa bagi lelaki berusia 80-an.
“Jika anda biopsi 10 lelaki seusia Joe Biden, lapan orang akan menghidap kanser prostat,” katanya.
“Tetapi saya berpendapat bahawa mungkin tujuh daripada mereka menghidap kanser prostat berisiko rendah yang boleh dipantau sahaja.
“Manakala dalam kes Joe Biden, beliau jelas menghidap bentuk kanser yang sangat agresif dan jika keadaan kesihatannya masih baik, besar kemungkinan itulah yang akan menyebabkan kematiannya,” katanya kepada Sky News pada petang Ahad.
Baca juga: Populasi Transgender Malaysia Semakin Ramai, Top 5 Tertinggi Asia Atasi Negara Besar Lain!
Menurut sumber rapat keluarga Biden yang memaklumkan kepada NBC News, bahawa bekas presiden itu sedang mempertimbangkan pelbagai bentuk rawatan, termasuk rawatan hormon untuk kanser.
Kini, Biden berada di rumahnya di Wilmington, Delaware dan setakat ini, tidak diketahui lagi di mana beliau bakal dirawat.
Biden merupakan individu tertua berkhidmat sebagai presiden AS. Isu kesihatan sering menjadi perhatian semasa beliau bertanding untuk pemilihan semula tahun lalu.
Selain itu, pada Februari 2023, beliau telah menjalani prosedur membuang ketumbuhan pada bahagian dada yang merupakan karsinoma sel basal, sejenis kanser kulit yang biasa berlaku.
Baca juga: 16 Fakta Menarik Istana Kediaman Aliff Syukri, Point 10 Paling Wow Hanya Ada 3 Unit Dalam Dunia!
Sumber: Sky News
FT Image: Reuters
