Euforia Bola 2026
Famili

Tunjuk Skill Dalam Peraduan ‘Rap Paling Malaysia’, Boleh Menang RM5,000!

RAP PALING MALAYSIA

Rakyat Malaysia yang berbakat dalam seni rap kini berpeluang menunjukkan kreativiti dan semangat patriotik melalui Pertandingan Rap Paling Malaysia, dengan hadiah utama bernilai RM5,000 menanti pemenang!

Jika anda rasa diri anda paling semangat Malaysia, sama ada melalui cerita pasal nasi lemak, bola sepak atau rendang mak yang legend, inilah masa untuk anda serlahkan bakat rap anda dengan penuh gaya dan jiwa Malaysia.

Baca juga: REV Media Group ‘Sapu Bersih’! Raih 7 Trofi Berprestij Termasuk Penerbit Digital Terbaik 2025

TUNJUK SKILL MELALUI RAP PALING MALAYSIA & MENANG RM5000

RAP PALING MALAYSIA

Kami sedang mencari rap paling kreatif dan paling ‘Malaysia’ tidak kira sama ada anda solo, berduet atau dalam kumpulan, yang penting rap anda penuh “vibes Malaysia”.

Cara sertai peraduan Rap Paling Malaysia adalah:

1. Rakam video rap berdurasi 30 saat hingga 1 minit bertemakan semangat “Paling Malaysia”.

2. Pastikan rap anda mengandungi sekurang-kurangnya satu daripada perkataan berikut:

  • Paling Malaysia
  • Confirm Malaysia
  • Rojak

3. Muat naik video ke TikTok atau Instagram menggunakan akaun publik.

4. Gunakan hashtag rasmi berikut dalam kapsyen:

  • #MediaPrima
  • #OhBulan
  • #RapPalingMalaysia
  • #ConfirmMalaysiaMPB

Lengkapkan penyertaan dengan menghantar pautan video melalui borang rasmi Google di sini: https://forms.gle/rNxz5ki9L5RwPEb77

Tarikh Tutup: 11 Ogos 2025, jam 11:59 malam (MYT)

Jangan tunggu saat akhir! Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu, sama ada secara individu atau berkumpulan.

Pemenang akan membawa pulang RM5,000 tunai dan pastinya mendapat sorotan dalam platform media sosial dan digital utama tempatan.

Jadi, cipta rentak paling padu dan buktikan pada Malaysia kenapa rap anda Paling Malaysia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×