Portal hiburan popular OhBulan! tampil dengan inisiatif baharu apabila mengumumkan penganjuran OhBulan Paling Viral Online, sebuah program digital yang bakal mengiktiraf mereka yang mencetus fenomena besar di dunia maya.
Lebih menarik, keseluruhan acara ini akan disiarkan secara langsung di TikTok rasmi OhBulan! menjadikannya antara anugerah digital paling interaktif tahun ini.
OhBulan Paling Viral Online Meraikan Mereka Yang “Paling Viral”

OhBulan! Paling Viral Online diwujudkan khas untuk menghargai individu dan karya yang meninggalkan kesan mendalam di dunia digital, daripada selebriti, pencipta kandungan, pempengaruh media sosial, usahawan, sehinggalah kepada lagu, drama dan kelab peminat yang menjadi bualan ramai.
Namun, apa yang menjadikan anugerah ini benar-benar istimewa adalah kuasa sepenuhnya diberikan kepada peminat. Mereka akan menentukan siapa yang layak dinobatkan sebagai pemenang melalui sistem undian terbuka, satu bentuk penghargaan buat komuniti yang sentiasa menjadi tulang belakang dunia hiburan digital.
Tujuh kategori utama bakal menjadi tumpuan peminat:
- Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online
- Selebriti Paling Viral
- Digital Content Creator Paling Viral
- Usahawan Paling Viral
- Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM)
- Drama Paling Viral
- Kelab Peminat Paling Viral
Undian dibuka bermula 29 September hingga 25 November 2025, dengan setiap peminat dibenarkan membuat sehingga 50 undian sehari. Lima calon teratas bagi setiap kategori akan diumumkan pada 1 Disember, manakala Malam Kemuncak OhBulan! Paling Viral Online dijadualkan berlangsung pada 19 Disember 2025, dari jam 9 malam hingga 11 malam.
“Anugerah Untuk Peminat, Oleh Peminat”

Menurut Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof, program ini bukan sekadar hiburan, tetapi wadah untuk menghargai tenaga dan kesetiaan para peminat.
“OhBulan! Paling Viral Online dianjurkan buat julung kalinya tahun ini, dan kami mahu ia menjadi platform untuk meraikan bukan sahaja selebriti dan pencipta kandungan, tetapi juga peminat yang selama ini menjadi pendorong utama kejayaan mereka,” ujar Noor Zulaikha.
Dia turut yakin bahawa dengan sokongan padu komuniti digital, program ini akan menjadi antara acara paling berpengaruh di Malaysia tahun ini.
Bagi memastikan capaian maksimum, OhBulan! melancarkan strategi promosi menyeluruh meliputi:
- Penerbitan artikel eksklusif dan siri video pendek di TikTok dan YouTube
- Penghasilan podcast Show Dalam Bilik
- Paparan iklan digital bersasar
- Kerjasama dengan program TV popular TV3 seperti Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini
- Sesi temu bual bersama stesen radio Hot FM dan Kool 101
Peminat juga digalakkan menggunakan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline bagi merancakkan perbualan dan meningkatkan keterlihatan acara di platform media sosial.
Untuk maklumat lanjut, layari laman mikro rasmi di www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline untuk menyertai undian dan mendapatkan perkembangan terkini.
