Euforia Bola 2026
Nur

Tular Warganet ‘Asyik’ & Obses Dengan Ramalan Akhir Zaman Di Media Sosial, Ini Penjelasan Tegas Mufti

Dalam era perkembangan media baharu hari ini, perbincangan mengenai tanda besar kiamat seperti pembunuhan berleluasa, kemunculan Imam Mahdi, Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj semakin kerap menjadi perhatian umum. Topik ini bukan sahaja dibincangkan dalam media arus perdana, malah turut tular secara meluas di platform media sosial.

Baca juga: Petua Orang Dulu Elak Makhluk ‘Tumpang’ Bila Bawa Daging Mentah Waktu Malam, Kena Letak Daun Ini!

RAMAL TANDA BESAR KIAMAT & WAKTU AKHIR ZAMAN, INI HUKUMNYA

TANDA BESAR KIAMAT

Freepik

Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah apabila perbincangan tersebut sering disampaikan tanpa berpandukan disiplin ilmu yang sahih dan tersusun. Akibatnya, naratif berkaitan akhir zaman menjadi semakin sensasi, beremosi dan mengelirukan sehingga boleh menjejaskan kefahaman masyarakat terhadap perkara-perkara berkaitan akidah dan perkara ghaib.

Terdapat banyak hadis sahih yang membicarakan tentang tanda-tanda kiamat yang disampaikan oleh Nabi SAW. Antaranya termasuk riwayat yang menggambarkan keadaan akhir zaman yang dipenuhi kekacauan, kejahilan dan peningkatan kes pembunuhan.

Maksudnya: “Sesungguhnya hampirnya hari kiamat akan berlaku zaman di mana kejahilan berleluasa, ilmu diangkat dan banyak berlaku kekacauan, iaitu pembunuhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan bahawa suasana akhir zaman bukan sahaja dipenuhi dengan ketidaktentuan, malah turut menggambarkan keadaan masyarakat yang jauh daripada panduan ilmu.

Walau bagaimanapun, hadis-hadis ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam secara melampau, sebaliknya berperanan sebagai peringatan agar umat lebih bersedia dengan meningkatkan amalan dan menjauhi kemungkaran.

Dalam perbahasan berkaitan akhir zaman, terdapat segelintir pihak yang cuba meramalkan secara spesifik bilakah berlakunya kiamat. Hakikatnya, perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

TANDA BESAR KIAMAT

Freepik

Allah SWT berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 187 yang menegaskan bahawa pengetahuan tentang waktu kiamat adalah rahsia mutlak yang hanya diketahui oleh-Nya.

Ini bermakna, manusia termasuk para nabi sekalipun tidak mengetahui bilakah saat sebenar berlakunya hari kiamat. Nabi SAW sendiri hanya diberitahu tentang tanda-tandanya, bukan waktu yang tepat.

Justeru, sebarang bentuk ramalan tarikh atau waktu kiamat yang disebarkan adalah tidak berasas dan boleh membawa kepada kekeliruan dalam masyarakat.

Perbincangan mengenai akhir zaman seharusnya menjadi medan untuk meningkatkan keimanan dan amal, bukan sekadar bahan sensasi yang menimbulkan ketakutan dan kekeliruan.

Apa yang lebih penting adalah persediaan diri melalui amalan soleh, pengukuhan akidah serta pemahaman agama yang betul. Ini kerana masa depan bukan untuk diramal, tetapi untuk dipersiapkan dengan ilmu, kesedaran dan ketakwaan.

Baca juga: Bila Lalat Jatuh Dalam Air Minuman, Tak Perlu Buang! Tenggelamkan Dulu Macam Cara Nabi Ajar Ini…

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×