Euforia Bola 2026
Asuh

Salah Siapa Generasi Sekarang ‘Perangai’ Semakin Menjadi-Jadi? Ibu Ayah Baca PERINGATAN Ini

AKHIR ZAMAN

Sejak kebelakangan ini, isu yang tular di media sosial benar-benar menyesakkan dada dan sebagai ibu bapa mendidik anak ‘akhir zaman’ sudah tentunya mencabar.

Bagi mengelakkan si anak terjerumus ke kancah maksiat dan kekufuran, ini beberapa peringatan buat ibu bapa di luar sana. Ada perkara perlu ditiktikberatkan.

Baca juga: Bila Anak Tanya Patung Berhala Itu Apa, Kena Bagi Jawapan Macam Ini!

PERINGATAN UNTUK IBU AYAH DIDIK ANAK ‘AKHIR ZAMAN’ INI

AKHIR ZAMAN

Saya kongsikan beberapa point penting sebagai peringatan untuk semua ibu ayah:

1. Setiap kesilapan anak-anak lakukan, itu tandanya peringatan yang Allah beri pada kita. Adakah kita sudah benar-benar melakukan apa Allah perintahkan? Adakah solat kita sempurna? Adakah kita sudah melakukan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah dengan baik?

Hal ini kerana pemikiran dan akhlak anak-anak terbentuk dengan melihat perbuatan orang tua mereka. Mendidik anak-anak kita terlebih dahulu perlu membaiki jiwa , memperbetulkan kesilapan, membersihkan diri dari kehinaan, dan bagaimana akhlak kita dengan orang lain.

2. Kuatkan iman dan tauhid anak-anak. Ibu ayah perlu jelas bagaimana untuk membesarkan anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi.

Didik anak sejak kecil untuk mengenal Tuhan mereka, mencintai dan mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi keluarga, dan memahami al-Quran.

Sentiasa ceritakan pada anak-anak tentang kebesaran Allah, kisah yang Allah ceritakan di dalam al-Quran, kisah nabi dan para sahabat, dan berusaha mendidik anak-anak dengan memahami dan mencintai al Quran.

Didik anak untuk sentiasa menjaga solat dan hubungan mereka dengan Allah kerana hari ini sangat mudah anak-anak kita tergelincir bila mereka tak ada di depan mata kita. Mereka bebas melakukan apa saja tanpa ada rasa takut dan tiada siapa yang mengawal tindakan mereka.

3. Sifat buruk yang mudah anak ikuti selalunya bermula dari rumah lagi. Antaranya adalah sifat berbohong, memaki hamun dan tidak menghormati orang lain.

Semua sifat ini sangat mudah untuk anak-anak belajar jika kita sendiri lakukan tanpa sedar sepanjang membesarkan anak-anak.
Bila berjanji, jangan mungkiri. Ada masa mungkin kita tak perasan yang kita sendiri mula berbohong pada anak.

Contohnya janjikan sesuatu pada anak supaya berhenti menangis. Akhirnya ibu ayah tak tunaikan apa yang dijanjikan. Dari situ anak mula belajar untuk tidak mempercayai kata-kata orang tua. Dari situ juga berbohong itu mereka mula anggap perkara biasa.

4. Tanggungjawab kita ibu ayah untuk menyediakan tempat tinggal(kawasan kejiranan) dan suasana pendidikan yang baik pada anak.

Hal ini kerana dari kedua dua tempat inilah anak-anak akan bertemu dengan kawan yang mempunyai akhlak dan adab yang baik. Sebagai ibu ayah kita perlu sentiasa ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan.

Tugas kita untuk memilih dan menasihati dengan siapa mereka perlu berteman. Anak-anak akan mudah terikut dengan apa saja dan siapa saja yang paling dekat dengan mereka.

Jangan terlalu mempercayai anak-anak untuk pergi ke mana sahaja tanpa pengawasan kita. Jangan biasakan anak-anak untuk tidur di rumah orang lain baik anak lelaki atau anak perempuan.

5. Filter apa saja yang ditonton dan didengari oleh anak. Apa saja yang mereka dengar dan tonton sangat memberi kesan yang besar pada diri mereka.

Filem filem yang mendorong perlakuan jenayah. Drama melayu yang kononnya islamik tetapi bebas menunjukan pergaulan lelaki dan perempuan.

Aurat tidak terjaga, menghalalkan apa yang haram. Termasuklah agenda ‘mereka’ yang perlahan-lahan merosakan fikiran anak-anak dengan unsur L*bt.

Maka lahirlah generasi yang songsan* keinginan mereka. Yang lelaki mahu jadi perempuan, habis membunuh sifat kelakian. Lihat saja di media sosial anak-anak bebas melakukan pelbagai trend yang merosakan peribadi mereka sendiri.

6. Ajarkan sifat malu dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.Baik anak lelaki mahupun perempuan. Dari mereka kecil lagi ibu ayah perlu berusaha untuk mendidik anak-anak supaya tidak mesra dengan yang berbeza jantina.

Jangan biasakan untuk anak-anak bercampur lelaki dan perempuan dan anggap mereka masih kecil. Didik anak-anak untuk menjaga aurat mereka dan pastikan aurat mereka terjaga setiap kali keluar kemana sahaja.

Baca juga: Anak Lari Rumah Rupanya Punca No.4 Ini, Ibu Ayah Kena Jaga-Jaga!

Sumber: Facebook Syahirah Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×