Di tengah-tengah kebuntuan diplomatik dan keengganan negara kuasa besar untuk bertindak, rakyat Mesir tampil dengan satu inisiatif bantuan ke wilayah bergolak yang simbolik namun menggetarkan jiwa.
Inisiatif yang tular ini dikenali sebagai “From Sea to Sea – a Bottle of Hope” (Dari Laut ke Laut – Botol Harapan). Ini merupakan satu bantuan kemanusiaan dari hati nurani kepada wilayah yang sedang nazak.
Baca juga: Indah & Istimewanya Masjid Al-Aqsa Bagi Umat Islam, Masjid Suci Yang Wajib Dijaga
RAKYAT MESIR LANCAR BANTUAN KE WILAYAH BERGOLAK, HANYUTKAN MAKANAN DI LAUT

Foto: Robina Qureshi
Menurut laporan The New Arab, botol-botol plastik ini diisi dengan makanan asas seperti beras, gandum, kekacang dan lentil, sebelum dilepaskan ke Laut Mediterranean dengan harapan ia akan sampai ke pantai wilayah tersebut, yang kini terkepung dan kelaparan akibat sekatan total oleh tentera penentang.
Lebih menyentuh hati, inisiatif ini datang daripada idea seorang jurutera dan ahli akademik Mesir yang kini menetap di Jepun. Menerusi satu hantaran Facebook, beliau menerangkan bagaimana tong plastik 25 liter mampu membawa sehingga lapan kilogram makanan dan disarankan dilepaskan kira-kira empat kilometer dari pesisir pantai dengan sudut tepat agar arus laut membawanya terus ke wilayah itu.
“Arus di bahagian timur Mediterranean mengalir dari barat ke timur. Jika betul caranya, bekalan ini boleh tiba dalam tempoh 72 hingga 96 jam,” jelasnya.
Nampaknya, media sosial menyambut hangat gerakan ini dan ramai menyifatkannya sebagai ‘lambang keikhlasan’ rakyat biasa dalam dunia yang semakin keras.

Foto hiasan.
*Walaupun sekadar sebutir beras dalam botol, inisiatif ‘Botol Harapan’ ini membawa harapan, doa, dan tekad. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk membantu rakyat yang sedang berada dalam kebuluran…
Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…
Sumber: Robina Qureshi, New Arab
