Euforia Bola 2026
Rakyat

Pesan Makanan Dari Seberang Laut, Sikap Orang Malaysia Buat Rakyat Indonesia Di Tengah Pergolakan Terharu!

rakyat malaysia

Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan keprihatinan mereka apabila pergolakan yang berlaku di Indonesia ketika ini turut mengundang rasa simpati dan solidariti terhadap negara jiran serumpun. Ramai yang bukan sekadar bersedih dengan situasi yang menimpa, malah ada yang tampil menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri.

Tidak cukup hanya menzahirkan doa dan harapan agar keadaan kembali aman, segelintir rakyat Malaysia memilih untuk membantu secara praktikal melalui aplikasi penghantaran makanan. Mereka menukar tetapan lokasi ke bandar-bandar utama di Indonesia sebelum membuat pesanan.

Baca juga: Bayi 7 Bulan Derita Gagal Fungsi Hati, Kini Perlu Sumbangan Ramai Untuk Jalani Pembedahan!

RAKYAT MALAYSIA BERSATU BANTU RAKYAT INDONESIA

rakyat malaysia

Gambar oleh AFP

Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk disedekahkan kepada rakyat Indonesia yang terkesan, termasuklah para penghantar makanan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @larasatipusparasa, tindakan rakyat Malaysia ini mendapat perhatian dan pujian.

“For all Malaysian, thank you so much (Untuk semua rakyat Malaysia, terima kasih banyak-banyak). MasyaAllah Tabrakallah. I (Saya) rasa terharu gila tgk (tengok) korg (korang) order (pesan) Grab belikan makanan.

Semoga kebaikan korg (korang) dibalas berlipat ganda oleh Allah SWT, Aamiin ya Rab. Love you lots,” katanya.

Baca juga:

Beberapa perkongsian di Threads turut memaparkan tangkap layar pesanan makanan yang dibuat oleh rakyat Malaysia.

Ada antaranya yang menempah nasi goreng berjumlah 102,000 rupiah (sekitar RM25) dengan nota khas kepada penghantar makanan: “Tak perlu dihantar, makanlah sendiri atau bahagi (kongsi) dengan teman.”

Tindakan kecil namun bermakna ini cukup memberi kesan mendalam kerana ia hadir di saat rakyat Indonesia sedang berdepan ujian besar.

Baca juga: Kaki Budak Tersiat Lepas Sangkut Eskalator Di Mall Aman Central, Jangan Buat Macam Ini Bila Bawa Anak!

rakyat malaysia

Gambar di Threads

Tunjuk perasaan yang bermula di Jakarta minggu lalu tercetus sebagai bantahan terhadap dasar kerajaan.

Antaranya termasuklah kenaikan elaun perumahan Ahli Parlimen mencecah 50 juta rupiah (kira-kira RM13,000) sebulan, kenaikan kos sara hidup, penarikan subsidi, cukai hartanah yang tinggi serta pemecatan besar-besaran.

Keadaan semakin tegang selepas kematian seorang penunggang Ojek, Affan Kurniawan, yang dilanggar kenderaan polis ketika demonstrasi. Protes besar-besaran yang merebak ke bandar-bandar lain itu sehingga kini telah meragut enam nyawa.

Dalam suasana penuh ketegangan ini, kebaikan rakyat Malaysia yang membantu melalui cara mudah tetapi penuh makna jelas menunjukkan nilai persaudaraan serumpun yang tidak pernah pudar. Ia bukan sahaja mencerminkan keprihatinan, tetapi juga bukti bahawa kebaikan mampu menembusi batas sempadan negara.

Baca juga: “Nikmat Apa Yang Allah Bagi Ni…” Peniaga Menangis Terharu Ditaja Tunai Umrah, Saat Tolak Troli Barangan Jualan

Sumber: Threads @larasatipusparasa / Harian Metro

FT Image: AFP / EPA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×