Di Tiktok, seorang penceramah dengan akaunnya @danielthemudu telah berkongsi nasihat tentang hubungan sesama rakan sekerja. Daniel menyatakan ciri-ciri individu yang dianggap sebagai orang paling jahat di tempat kerja.
Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!
RAKAN SEKERJA BERDIAM DIRI PALING JAHAT DI TEMPAT KERJA

Gambar hiasan: Utusan
Individu yang paling jahat di tempat kerja menurutnya adalah orang yang mendiamkan diri apabila melihat rakan sekerjanya dianiaya.
“Orang yang paling jahat dekat tempat kerja ini bukannya orang yang tikam belakang, kaki ‘complaint’, kaki kutuk atau kaki ampu.
“Tetapi saksi-saksi yang melihat anda dianiaya tapi memilih untuk mendiamkan diri demi menjaga periuk nasi mereka sendiri. Renungkan,” kata Daniel.
Baca juga: Cuti Kena ‘Reject’ Sebab Bagi Alasan Bawa Anak Ke Hospital, Wanita Luah Rasa Kesal Dapat Bos Toksik!
Tambahnya di ruangan kapsyen, isu buli di tempat kerja boleh diatasi sekiranya saksi memilih untuk bersuara.
“Konflik dan buli di tempat kerja boleh diatasi bila yang menjadi saksi memilih untuk berdiri dan bersuara,” ujarnya yang banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan dan rumah tangga.
Sehingga kini, perkongsian video Daniel Themudu itu meraih 319.5 ribu tontonan dan 9381 tanda suka serta 2480 perkongsian.
Baca juga: Individu Dedah Kandungan Sebenar Emas Buat Ramai Teruja, Jenis 950 Lebih Mahal Ada 95% Emasnya!
Perspektif warga maya yang berbeza atas tindakan berdiam diri
Topik hangat itu turut menarik perhatian ramai pekerja yang tampil berkongsi kisah masing-masing.
Menurut seorang individu, dia turut menjadi mangsa selepas tampil mempertahankan seorang rakan kerjanya.
“Bila kawan saya dianiaya, markah dia disabotaj, saya lantang pertahankan. Sampai part saya, saya dipindahkan secara tidak adil.
“Tiada siapa datang untuk tunjuk empati, malah buat tak tahu. Jaga tengkuk masing-masing,” kongsinya di ruangan komen.
Baca juga: Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!
Sementara itu, beberapa warga maya yang lain turut menyatakan rasa setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh penceramah berkenaan.
“Setuju. Ramai sangat. Kadang-kadang bos pun sama tak nak buat tindakan.
“Betul sangat. Tutup mulut terus. Terkontang-kanting seorang diri dianiaya,” komen beberapa warga maya.
Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!
Sumber: Tiktok @danielthemudu
FT Image: Getty/AnnaStills
