Euforia Bola 2026
Kerjaya

Hati-Hati! Gurau Kasar & Malukan Rakan Sekerja Dianggap Jenayah, Alasan ‘Melawak’ Dah Tak Laku

tempat kerja

Bermula 11 Julai 2025, sebarang bentuk gangguan di tempat kerja bukan lagi dianggap isu dalaman semata-mata kerana kini diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025.

Langkah ini menandakan perubahan besar dalam usaha kerajaan menangani isu gangguan, siber buli, penyebaran maklumat peribadi dan tingkah laku toksik di tempat kerja  dimana sering dianggap sebagai ‘gurauan’ atau hal pejabat.

Baca juga: Jangan Biarkan Diri Anda Jadi Mangsa ‘Job Scam’, Bahaya Kalau Tak Buat Senarai Semak Ini!

BULI ATAU GURAU KASAR DI TEMPAT KERJA DIANGGAP JENAYAH

TEMPAT KERJA

Freepik

Menurut pindaan terbaru ini, beberapa jenis perlakuan kini boleh dikenakan tindakan undang-undang jenayah, termasuk:

– Gangguan secara fizikal atau verbal terhadap rakan sekerja (termasuk gangguan seksual atau emosi)

– Buli siber, seperti memalukan individu di media sosial, mesej berkumpulan, atau platform kerja

– Penyebaran maklumat peribadi (seperti alamat, nombor telefon, sejarah kesihatan atau data sulit tanpa izin)

– Tekanan emosi berlebihan yang menyebabkan individu hilang kawalan diri, termasuk kecenderungan menyakiti diri

Perkara-perkara seperti di atas bukan lagi sekadar salah laku pekerjaan, ia kini boleh mengakibatkan siasatan polis, pendakwaan, dan hukuman di mahkamah. Undang-undang kini mengiktiraf bahawa kesihatan mental dan emosi pekerja adalah sama penting seperti keselamatan fizikal.

Majikan dan pekerja dinasihatkan agar menyemak semula budaya kerja masing-masing, memastikan semua bentuk komunikasi dan interaksi di tempat kerja mematuhi garis panduan etika dan undang-undang.

Jadi, anda dinasihatkan untuk sentiasa:

1. Menjaga tutur kata dan perbuatan, walaupun di ruang digital seperti WhatsApp.

2. Elakkan menyentuh hal peribadi rakan sekerja tanpa keizinan.

3. Laporkan segera sebarang bentuk gangguan kepada pihak berkuasa jika perlu.

4. Ambil serius jika ada rakan sekerja menunjukkan tanda tertekan atau trauma akibat suasana kerja.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa gangguan di tempat kerja!

Baca juga: Anak Tunggal Ustazah Sharifah Khasif Johan Tilawah Al-Quran, Legasi Diteruskan Dari Umur 10 Tahun!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×