Kini, sedang hangat dan tular di media sosial mengenai beberapa rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan terkutuk seorang lelaki terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kawasan masjid.
Melalui sebuah hantaran di Facebook, Azmin Saberi, penulis difahamkan pelaku telah melakukan cubaan merogol ke atas mangsa.
Baca juga: Murid Retak Di Belakang Kepala, Akibat Dilanggar Kereta Di Hadapan Sekolah!
KAMERA LITAR TERTUTUP

Kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, sewaktu jemaah wanita sedang melakukan solat Subuh pada pagi tadi.
“Kejadian waktu solat Subuh (21.2.2025) di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali. CUBAAN MEROGOL ke atas kanak-kanak perempuan di dalam kawasan masjid. Tolong sebarkan seluasnya supaya pelaku cepat ditangkap,” tulis Azmin Saberi.
Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!
Menerusi rakaman CCTV, pelaku yang berkopiah putih dan berbaju kuning dilihat memasuki ruang solat wanita ketika jemaah lain sedang menunaikan solat.
Lalu, pelaku menuju ke arah kanak-kanak tersebut yang sedang solat berseorangan di saf belakang sebelum menekup mulut, mendukung dan membawa mangsa ke tempat lain.
Rakaman CCTV di sudut lain pula, menunjukkan pelaku mencabul mangsa yang kelihatan takut. Selepas beberapa ketika, suspek beredar meninggalkan mangsa yang menangis.
Baca juga: Wanita Ada Sejarah Bersalin Czer 5x, Kini Suami Kedua ‘Demand’ Nak 3 Anak Lagi!
Reaksi orang ramai yang berang
Di ruangan komen pula, orang ramai berasa berang dan menuntut agar tindakan segera diambil kepada pelaku kerana melampiaskan nafsunya kepada kanak-kanak, selain mencemari rumah suci Allah SWT dengan perbuatan tidak bermoral tersebut.
Susulan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada keselamatan kanak-kanak di persekitaran anda walau di mana anda berada.
Dan tidak lupa juga kepada diri sendiri, sama ada lelaki atau wanita, muda atau tua, kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!
Sumber: Azmin Saberi
FT Image: Azmin Saberi
