Dalam bidang perubatan, doktor pakar memainkan peranan penting untuk menyediakan rawatan khusus kepada pesakit. Dengan kepakaran dalam bidang tertentu seperti kardiologi, ortopedik, dan neurologi, gaji doktor pakar di Malaysia berbeza mengikut pengalaman, lokasi tempat kerja, dan sama ada mereka bertugas di sektor kerajaan atau swasta.
Sudah semestinya, bekerja sebagai doktor pakar dikatakan mempunyai ‘ranking’ gaji tinggi berbanding kerjaya lain kerana sangat sukar dan mempunyai tanggungjawab yang berat.
Baca lagi: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…
PURATA GAJI DOKTOR PAKAR DI MALAYSIA, ADA 10 JENIS KEPAKARAN

Foto hiasan.
Berikut adalah anggaran purata gaji bulanan bagi 10 jenis doktor pakar:
1. Pakar Bedah (Surgeon) – RM20,000 hingga RM50,000
2. Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine Specialist) – RM15,000 hingga RM40,000
3. Pakar Kardiologi (Cardiologist) – RM25,000 hingga RM60,000
4. Pakar Ortopedik (Orthopedic Surgeon) – RM20,000 hingga RM50,000
5. Pakar Neurologi (Neurologist) – RM18,000 hingga RM45,000
6. Pakar Ginekologi & Obstetrik (Obstetrician & Gynecologist) – RM18,000 hingga RM50,000
7. Pakar Anestesiologi (Anesthesiologist) – RM20,000 hingga RM45,000
8. Pakar Onkologi (Oncologist) – RM18,000 hingga RM50,000
9. Pakar Pediatrik (Pediatrician) – RM15,000 hingga RM40,000
10. Pakar Dermatologi (Dermatologist) – RM18,000 hingga RM50,000
Anggaran ini mungkin lebih tinggi di hospital swasta berbanding hospital kerajaan, di mana doktor pakar kerajaan biasanya memperoleh gaji lebih rendah tetapi dengan elaun tertentu. Jadi, buat anda yang sedang mempunyai cita-cita bergelar doktor pakar, inilah ‘target’ gaji yang boleh dirujuk.
Baca lagi: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!
Sumber: Jobstreet, Tiktok @service.resume
