Euforia Bola 2026
Sihat

Wanita 20an Ini Alami Kegagalan Buah Pinggang, Takut Bila Baca Puncanya Walaupun Aktif Bersukan!

KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Siapa sangka, punca kegagalan buah pinggang seorang wanita pada usia 22 tahun adalah disebabkan rutin harian yang sering dilakukan.

Difahamkan, pada peringkat awal, wanita muda itu mengalami beberapa simptom biasa yang sering dialami dalam kehidupan seharian seperti rasa mual dan hilang selera makan.

Baca juga: Sungai BUKAN Tempat Cuci Perut & Buang Najis Lembu, Jangan Biasakan Benda Yang Salah

PUNCA KEGAGALAN BUAH PINGGANG USIA 22 TAHUN, TAKUT BILA BACA

KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Freepik

Namun begitu, simptom tersebut turut disertai dengan lebam di beberapa bahagian tubuh serta kerap mengalami masalah hidung berdarah.

Pada mulanya, dia hanya menyangka dirinya mengalami keletihan akibat gaya hidup yang sangat aktif. Namun, keadaan kesihatannya semakin merosot dari masa ke semasa.

Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan bahawa kedua-dua buah pinggang telah rosak sepenuhnya dan tidak lagi berfungsi.

Wanita ini percaya bahawa gaya hidupnya yang tidak sihat menjadi salah satu punca utama kepada keadaan yang dialaminya. Dia juga mengakui pernah mengambil pil diet herba yang tidak diketahui status kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Saya silap sebab tidak semak kelulusan. tidak semak kandungan ubat dan tidak dapatkan daripada doktor. Itu kesilapan paling besar,” jelasnya.

Menurut pakar perubatan dalaman, Dr. Tunggul Situmorang, masalah kegagalan buah pinggang pada usia muda lazimnya berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat.

Namun begitu, terdapat pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada keadaan ini dan anda perlu hindarkan.

Antaranya:

1. Kurang minum air

Kekurangan cecair dalam badan boleh mengganggu fungsi buah pinggang secara sehingga mencetuskan jangkitan, keradangan, dan akhirnya pembentukan batu karang.

“Kekurangan cecair menyebabkan bahan pembentuk batu menjadi lebih pekat, lalu menghasilkan batu karang,” jelas Dr. Pringgodigdo.

2. Pengambilan garam berlebihan

Selain itu, menurut Dr. Pringgodigdo Nugroho menjelaskan bahawa pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi). Jika tidak dirawat, hipertensi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

3. Kerap makan ubat tahan sakit

Seterusnya, ubat tahan sakit boleh menjadi toksik kepada hati dan buah pinggang, terutamanya jika diambil secara berlebihan atau tanpa pemantauan doktor.

Dr. Elizabeth Yasmine Wardoyo, pakar ginjal dan hipertensi, menegaskan bahawa ubat ini hanya boleh diambil jika benar-benar diperlukan dan di bawah nasihat perubatan.

4. Kurang bersenam

Kajian oleh University of Leicester mendapati bahawa duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang. Kurang pergerakan juga dikaitkan dengan obesiti dan diabetes mellitus, yang kedua-duanya memberi kesan negatif kepada fungsi buah pinggang.

5. Kerap minum kopi bergula

Akhir sekali, Menurut Dr. Elizabeth, kopi secara asasnya tidak memberi kesan buruk kepada buah pinggang. Namun, masalah timbul apabila kopi diminum bersama bahan tambahan seperti gula dan susu pekat manis secara berlebihan.

Bagi mengelakkan kegagalan buah pinggang berlaku, anda dinasihatkan agar mengambil berat 5 perkara di atas.

Baca juga: Gaji Pekerja B40 Sime Darby Property Dinaikkan 80%, Jadi RM2700 Sebulan!

Sumber: Detik Health & Prudential Syariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×