Ramai menyangkakan berpuasa boleh bantu berat badan mereka semakin turun atau mencapai target ideal masing-masing. Namun, mereka tidak tahu bahawa ia boleh menjadi sebaliknya jika tidak tahu puncanya.
Menurut sumber Hello Doktor, terdapat 5 punca yang membuatkan seseorang itu naik berat badannya biarpun kekerapan makan di bulan Ramadan hanyalah dua kali sehari iaitu waktu berbuka dan sahur.
Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!
5 SEBAB BERAT BADAN NAIK SEMASA BERPUASA
Di mana, perubahan gaya hidup selama berpuasa, sama ada pada pola makan atau aktiviti fizikal akan memberi kesan pada perubahan fisiologi tubuh juga.
Berikut adalah 5 punca berat badan naik ketika puasa yang biasa terjadi dan harus anda elakkan.
Baca juga: Kerap Korek Hidung Sampai Salur Darah Pecah, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan!
1. Hidangan disediakan sangat banyak
Berat badan semakin naik kerana makanan yang dimakan lebih banyak daripada makanan yang diproses menjadi tenaga.
Hal ini kerana, selera makan dan minum pada saat berbuka hingga sahur semakin meningkat disebabkan sudah terbiasa makan dalam kuantiti yang besar.
Jadi, jangan hairan apabila diri anda mengalami kenaikan berat badan ketika berpuasa.
2. Makan tak ingat dunia semasa berbuka
Jika ada lima jenis hidangan di atas meja, kesemua lima itu ingin dijamahnya sewaktu berbuka. Malah, bukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sebaliknya.
Kemudian, makanan yang mengandungi karbohidrat serta kadar gula dan garam yang tinggi kerap menjadi pilihan pertama ketika berbuka puasa. Maka, tidak hairan jika berat badan bertambah di bulan Ramadan.
3. Kurang tidur
Seseorang yang kurang tidur akan mempengaruhi hormon yang mengawal metabolisme badan dan kawalan nafsu makan, iaitu hormon leptin. Hormon ini berfungsi untuk menghasilkan rasa lapar serta membantu mengawal nafsu makan seseorang.
Hormon leptin yang terlalu tinggi, menyebabkan tubuh mengalami gangguan terhadap persepsi rasa kenyang.
Di mana, badan terus rasa lapar walaupun telah makan banyak, terutamanya di malam hari sebelum tidur.
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
4. Kurang aktiviti fizikal
Tanpa aktiviti fizikal, badan akan lebih sukar mengawal berat badan. Jika mengambil kalori yang berlebihan semasa berbuka dan sahur, maka kalori berlebihan tersebut akan disimpan dan meningkatkan berat badan.
Melakukan aktiviti fizikal membuatkan kalori berlebihan akan dimetabolisme sehingga mengurangkan kalori yang tersimpan.
Jadi, jangan jadikan puasa sebagai penghalang anda untuk melakukan aktiviti fizikal.
5. Lepas sahur terus sahaja tidur
Tidur selepas makan mempunyai beberapa kesan negatif bagi kesihatan badan baik jangka pendek mahupun jangka panjang.
Apabila tidur kurang dari 2 jam selepas makan, saluran peghadaman belum sempat mengisar makanan yang diambil sebelum tidur. Ia akan menyebabkan gangguan saluran penghadaman dan penyerapan nutrisi di dalam tubuh.
Akhirnya, makanan yang diambil tidak mampu menghasilkan tenaga diperlukan badan. Malah, ia terkumpul di dalam tubuh sehingga menghasilkan lemak.
Baca juga: Naik Syahwat Bila Tengok Objek Atau Barang Tertentu, Rupanya Ini Penyakit Objectophilia!
Sumber: Hello Doktor
FT Image: rawpixel.com / freepik

