Pernahkah anda berasa pelik apabila berat badan semakin bertambah walaupun corak pemakanan dan gaya hidup tidak banyak berubah?
Selain faktor pemakanan, kurang bersenam dan perubahan hormon, terdapat juga beberapa jenis ubat yang boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan sebagai salah satu kesan sampingan.
Baca juga: Wanita Kongsi 20 Senarai Ulam Yang Mungkin Ramai Tak Pernah Cuba, Sedapnya Jadi Santapan Harian!
3 UBAT PUNCA BERAT BADAN NAIK
Menerusi perkongsian di laman TikTok, Dr Umar Izudin menjelaskan bahawa sesetengah ubat boleh meningkatkan selera makan, menyebabkan pengekalan cecair dalam badan atau memperlahankan kadar metabolisme.
Berikut merupakan antara ubat yang dikongsikan:
1. Ubat selesema dan antihistamin

Antara ubat yang dikatakan boleh menyebabkan kenaikan berat badan ialah ubat antihistamin yang digunakan untuk merawat alahan atau simptom selesema.
Contohnya ialah: Cetirizine
Menurut doktor, sesetengah antihistamin boleh meningkatkan selera makan dan menyebabkan pengambilan kalori bertambah, sekali gus menyumbang kepada peningkatan berat badan bagi sesetengah individu.
2. Ubat steroid (anti-radang & alahan)

Ubat steroid sering digunakan untuk merawat pelbagai keadaan seperti keradangan, alahan yang teruk serta beberapa penyakit autoimun.
Antara contoh ubat yang dikongsikan ialah:
- Prednisolone
- Dexamethasone
- Hydrocortisone
Penggunaan steroid, terutama dalam tempoh yang panjang atau pada dos tertentu, boleh menyebabkan peningkatan selera makan, pengekalan cecair serta perubahan taburan lemak pada badan.
3. Ubat darah tinggi

Kredit: Magnific
Dr Umar Izdin turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa jenis ubat darah tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pertambahan berat badan.
Antaranya ialah:
- Alpha blocker (Terazosin)
Beta blocker:
- Metoprolol
- Atenolol
- Propranolol
Ubat dalam kumpulan beta blocker boleh menyebabkan kadar metabolisme menjadi sedikit perlahan dan mengurangkan toleransi terhadap aktiviti fizikal dalam sesetengah individu, sekali gus menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Sekiranya anda mendapati berat badan meningkat selepas memulakan pengambilan ubat tertentu, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi. Mereka boleh menilai sama ada perubahan tersebut berkaitan dengan ubat yang diambil dan mencadangkan alternatif sekiranya sesuai.
Yang paling penting, jangan sesekali menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat daripada doktor kerana ia boleh menjejaskan rawatan dan mengundang komplikasi kesihatan yang lebih serius.
Sumber: TikTok Dr Umar Izudin
