Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Sambal Pucuk Ubi Goreng Rangup Macam Keropok, Buat Stok Banyak-Banyak Baru Cukup!

PUCUK UBI GORENG

Perkongsian artikel kali ini sedikit berbeza kerana penulis ingin mengajar anda cara-cara membuat pucuk ubi goreng rangup seperti makan keropok.

Resipi pucuk ubi goreng rangup daripada Mawar Alina ini ternyata boleh memikat selera sesiapa sahaja yang pertama kali mencubannya.

Baca juga: Resepi Cucur Pisang Kembung & Rangup, Bulat-Bulat Comel Macam Ini Memang Laku!

CARA BUAT PUCUK UBI GORENG RANGUP MACAM KEROPOK

PUCUK UBI GORENG

Bahan-bahan:

  • Pucuk ubi
  • Cili kering
  • Ikan masin
  • Bawang goreng
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan pucuk ubi goreng rangup:

1. Goreng daun pucuk ubi dalam minyak yang panas dan toskan. Tips untuk kurangkan berminyak adalah simpan pucuk ubi yang sudah digoreng di dalam bekas tertutup. Lapiskan dengan tisu, biarkan lebih kurang 24 jam.

2. Potong cili kering, buang biji. Basuh bersih dan rebus sekejap. Bilas bersih-bersih, toskan airnya, baru goreng sehingga garing.

3. Gorengkan juga ikan masin mengikut jenis pilihan anda.

4. Setelah itu, guna chopper untuk kisar ikan masin, cili kering dan bawang goreng. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

5. Gaulkan bahan kisar dengan pucuk ubi. Tips extra, selepas gaulkan dengan rempah-rempah sambal, toskan sekali lagi dalam bekas kedap udara menggunakan lapisan tisu.

Pucuk ubi goreng rangup sedia untuk disimpan di dalam bekas dan boleh dimakan dengan nasi panas atau bubur nasi. Sedap tak terkata!

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat.

Baca juga: Resepi Rendang Daging Hitam Tak Payah Letak Kicap, Guna Teknik Ini Baru ‘Gelap’!

Sumber: Facebook Mawar Alina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×