Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Pilih Jenis Pucuk Ubi Kayu Yang Pahit & Tidak Pahit, Rupanya Ada Banyak!

pucuk ubi

Pucuk ubi kayu merupakan salah satu jenis ulam yang menjadi kegemaran ramai. Walaupun kebanyakannya perlu direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan tekstur liat, orang masih tetap suka kerana rasanya yang unik.

Namun, untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis pucuk ubi sebenarnya dan anda perlu tahu jenis yang mana tidak pahit dan yang mana pahit. Jadi, berikut merupakan perkongsian untuk peminat ulam ini ambil tahu dan pandai pilih pucuk ubi yang manakah ada rasa pahit dan tidak.

Baca juga: Cara Siang & Masak Pucuk Ubi Kayu Supaya Tak Berangin Perut, Makan Pun Tak Liat!

JENIS PUCUK UBI KAYU YANG PAHIT DAN TAK PAHIT

1.Pucuk ubi tangkai merah

pucuk ubi

Pahit, perlu direbus dahulu sebelum masak.

2.Pucuk ubi tangkai hijau

pucuk ubi

Tak pahit, boleh terus masak tanpa direbus terlebih dahulu.

3.Pucuk ubi kayu pulut

Tidak pahit, boleh terus dimasak tanpa perlu rebus.

4.Pucuk ubi kangkung

Tidak pahit, boleh terus dimasak tanpa perlu rebus.

5.Pucuk ubi kayu kerinting

Tidak pahit, boleh terus dimasak tanpa perlu rebus.

6.Pucuk ubi kayu batik kuning

Tidak pahit, boleh terus dimasak tanpa perlu rebus.

7.Pucuk ubi kayu daun hitam

Pahit, perlu direbus dahulu sebelum masak.

8.Pucuk ubi kayu batik putih hijau atau ubi gajah

Masih tiada maklumat sama ada pahit atau tidak kerana jarang ditemui dan sering disangkakan hanya pokok hiasan. Namun menurut komen netizen mengatakan ia berasal dari Indonesia dan rasanya tidak pahit.

*Kalau tak pasti, boleh sahaja celur terlebih dahulu tidak kira apa sahaja jenis pucuk ubi ya!

Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’

Sumber: Sara Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×