Sel kanser yang aktif membiak dalam tubuh manusia sering menjadi ancaman utama kepada kesihatan.
Namun, kajian awal mendapati tumbuhan herba tempatan seperti Pokok Jarum Tujuh Bilah (Pereskia aculeata Mill) mungkin mempunyai peranan penting dalam usaha melawan penyakit ini.
Baca juga: Ini 10 KESILAPAN Simpan Daging Korban Yang Ramai Pernah Buat, Patut Tak Tahan Lama!
POKOK JARUM TUJUH BILAH PEMBUNUH SEL KANSER

Gambar Fieqah Rosli
Menurut Dr Suri Roowi, saintis utama dalam bidang pemakanan dan tumbuhan, ekstrak daun pokok Jarum Tujuh Bilah menunjukkan sifat antikanser melalui kajian awal makmal (in vitro).
Kajian ini memberi harapan bahawa tumbuhan ini boleh menyokong rawatan terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara, ovari, hati, usus besar, serviks, mulut, paru-paru dan juga kanser darah.
Apa yang menjadikan Jarum Tujuh Bilah berkhasiat?
Tumbuhan ini kaya dengan asid chlorogenic, iaitu bahan aktif utama yang kemudiannya membentuk asid caffeic di dalam tubuh manusia. Asid ini bukan sahaja bersifat antioksidan, malah mempunyai fungsi antiradang, antibakteria dan antivirus.
Ia juga boleh mengurangkan kesan toksik akibat rawatan kemoterapi dan radiasi, serta membantu meningkatkan sel darah putih dan platelet, penting bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser.
Turut hadir dalam tumbuhan ini ialah asid gallic dan asid ellagic, dua lagi sebatian polifenol yang menyumbang kepada keupayaan tubuh melawan tekanan oksidatif dan menyokong sistem imun.
Baca juga: Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar
Amalan tradisional yang masih relevan

Gambar Outdoorgraphy Studios
Menerusi ruang komen di hantaran Facebook Dr Suri, ramai rakyat Malaysia berkongsi pengalaman mereka yang mengamalkan pucuk muda pokok ini sebagai ulam, sama ada dimakan mentah atau dijadikan jus.
Ramai juga melaporkan kesan positif terhadap kesihatan, termasuk kes yang mendakwa bebas daripada kanser payudara dan fibroid selepas mengamalkannya secara konsisten yang tentunya dengan izin Allah SWT.
Penafian!
Kajian klinikal menyeluruh masih diperlukan sebelum pokok Jarum Tujuh Bilah boleh dianggap rawatan utama untuk kanser. Namun, potensinya sebagai sokongan semula jadi dalam melawan sel kanser tidak boleh dipandang ringan.
Jika anda berminat untuk mengamalkannya, pastikan ia diambil secara berhemah dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, terutamanya jika sedang menjalani rawatan perubatan.
Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!
Sumber: Dr Suri Roowi
FT Image: Meneerke bloem – Karya sendiri, CC BY-SA 3.0, / Outdoorgraphy Studios
