Bahan dapur terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan kering dan bahan basah. Namun, kali ini penulis ingin berkongsikan tips penyimpanan bahan kering di dapur agar di dalam proses penyimpanannya yang lama itu tidak menjadi rosak.
Kalau nak tahu, bahan kering ialah bahan dapur yang diketahui mampu bertahan lama. Ia boleh digunakan dan disimpan dalam jangka masa yang panjang seperti bawang dan kentang.
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
PETUA BAHAN KERING TAHAN LAMA

Gambar: Page Oversea – Jehan Noor
Namun, melalui perkongsian Jehan Noor, bawang dan kentang tidak seharusnya disimpan di dalam ruang yang sama. Hal ini kerana, mereka dikatakan ‘tidak serasi’ dan akan cepat rosak daripada tempoh tahan lama yang sepatutnya.
Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!
Baca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Warisan Keluarga, Bila Cicah Roti Putih Habis Semangkuk!
Bawang dan kentang tak boleh letak dekat-dekat
Kalau korang selalu simpan bawang dan kentang sekali, sila hentikan sekarang! Mereka ini tak serasi langsung, duduk dekat sikit sahaj terus cepat rosak!
- Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena – buat kentang cepat bercambah
- Kentang ‘berpeluh’ banyak – boleh buat bawang jadi lembik dan berair
- Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ – tak tahan lama
Nak elak “pergaduhan” di dapur, follow tips ini:
- Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
- Bawang pula kena duduk tempat kering dan berangin.
- Jangan campurkan sayur yang keluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
Lepas ini, jangan bagi bawang dan kentang ‘berdating’ lagi ya! Simpan elok-elok, baru tahan lama.
Kredit info: Dan Smith
Baca juga: Koleksi 30 Hari Menu Berbuka & Sahur Untuk 2025, Ada Banyak Idea Ringkas Tapi Menyelerakan!
Sumber: Jehan Noor
FT Image: stockking
