Euforia Bola 2026
Inspirasi

‘Dak Nor’ Viral Pernah Diejek Gila, Bekas Pesakit Skizofrenia Dapat Anugerah Kasih Wanita Cekal Dari PM!

pesakit mental

Buat anda yang mengikuti akaun Tiktok milik ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pasti anda pernah melihat wanita ini. Siapa sangka, bekas pesakit mental ini telah menerima Anugerah Kasih Wanita Cekal!

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Baca juga: “Saya Hanyalah Anak Makcik Kantin..”- Abang Pilot Titip 3 Pesanan Untuk Calon SPM Supaya Cemerlang!

BEKAS PESAKIT MENTAL DAPAT ANUGERAH KASIH WANITA CEKAL

pesakit mental

Foto: Mohd Noor Helmy

‘Dak Nor’ atau nama sebenarnya Nor Kamariah Mohd Khalid Lourdes Lio yang merupakan bekas pesakit skizofrenia ini sudah beberapa kali ‘ditangkap’ polis selepas ada yang kurang senang dengan kehadirannya yang dianggap kurang siuman.

Namun, segala keperitan itu akhirnya terubat apabila beliau menerima anugerah pada Hari Wanita tersebut. Malah, dirinya kini jauh berubah berbanding dahulu atas hasil sokongan dan dorongan masyarakat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Nor Kamariah yang menerima anugerah tersebut meluahkan tekadnya untuk tidak mensia-siakan kepercayaan serta harapan keluarga, rakan-rakan dan penduduk Duyong, Melaka yang ingin melihat dia sihat dan berdikari seperti manusia normal.

“Dengan menerima anugerah ini, semua orang dah pandang Nor sebagai wanita cekal. Jadi, Nor kena buktikan bahawa pesakit mental pun boleh berubah, boleh jadi baik kalau ada sokongan serta dukungan daripada orang sekitar,”

“Dalam proses nak sihat semula, ramai orang sekeliling bantu Nor terutama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem kerana beliau antara orang yang banyak beri semangat dan bantuan untuk bangkit ketika hidup Nor dalam kegelapan dan tanpa arah tujuan,” katanya.

GARA-GARA ‘TERJERAT’ CINTA, HUTANG KELILING PINGGANG

pesakit mental

Foto: Tiktok @daknor

Menerusi perkongsian ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy di TikTok, Nor Kamariah asalnya merupakan seorang individu yang datang dari latar belakang susah, namun berusaha dan bekerja sehingga dia memiliki pendapatan yang tinggi. Namun semuanya berubah selepas dia bercinta dan mula membuat pelbagai pinjaman demi memenuhi ‘keperluan cintanya’ hingga menyebabkan dia berhutang keliling pinggang.

Dak Nor yang masih mendapatkan rawatan berkala di Hospital Melaka berkata, anugerah yang diterimanya itu bukanlah sesuatu untuk dimegahkan, tetapi membuktikan bahawa sokongan masyarakat amat penting dalam membantu pesakit mental menjadi lebih positif.

“Tidak kira apa pun penyakit yang dihidapi, apabila mendapat sokongan, kita boleh berubah sedikit demi sedikit dan belajar reda menerima ujian ALLAH SWT.

“Saya berharap pesakit mental yang lain terus diberikan semangat. Jangan lemparkan kata-kata negatif kepada mereka, sebaliknya doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau kini menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan termasuk biskut raya di Bazar Aidilfitri dan turut menggunakan platform TikTok untuk melariskan jualan.

@mnhelmy sekadar pekongsian cerita Dak Nor menjadi pedoman 🫶 #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #ceritaduyong #fyp ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: Sinar Plus, Tiktok @mnhelmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×