Baru-baru ini tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak lelaki selepas memenangi pertandingan badminton.
Menerusi video tersebut, budak lelaki bernama Nubhan memakai jersi berwarna hitam dan putih kelihatan sangat teruja kerana memenangi pertandingan badminton tersebut.
Baca juga: Stroller Jatuh Atas Landasan Kereta Api, Bayi & Bapa Disahkan Maut
PERTANDINGAN BADMINTON: TULAR VIDEO BUDAK LELAKI TERUJA

Video tular berdurasi kurang 1 minit itu dibanjiri komen warganet kerana terharu dan sebak melihat adik Nubhan yang hanya seorang diri meraikan kemenangan tersebut.
Dapat dilihat dia memegang telefon bimbitnya untuk menangkap gambar bersama medal tetapi tiada seorang rakan yang ingin membantu.
Nubhan turut menggunakan kakinya untuk mendirikan telefon bimbit tersebut agar dapat menangkap gambarnya bersama medal pertandingan badminton tersebut.
Video tular ini turut mendapat perhatian pempengaruh dan juga aktivis kebajikan, Adrian Edy. Dia meluahkan rasa syukur kerana dapat berjumpa Nubhan yang berusia 8 tahun.
Dia turut menghadiahkan Nubhan raket baharu, baju, dan stokin untuk digunakan semasa latihan atau pertandingan badminton di masa akan datang.
“Terharu sangat tengok video adik Nubhan yang viral, gembira dia apabila dapat naib johan dalam kejohanan pertama yang dia sertai, adik Nubhan berumur 8 tahun, syukur kita hadir ke Tawau dan bertemu dengan adik Nubhan serta ayahnya, kita hadiahkan kasut, raket, baju serta stoking untuk adik Nubhan pakai semasa latihan atau pertandingan,” luah Adrian Edy.
Dia turut memberitahu bahawa kegembiraan jelas terpancar di muka Nubhan kerana kasut yang dipakai sebelum ini sudah 2 tahun dan koyak.
Raket juga dipinjam daripada kakak kerana dia tidak mempunyai raket sendiri. Nubhan meluahkan cita-citanya adalah ingin menjadi pemain badminton apabila dewasa.
“Adik Nubhan cakap nanti dia besar dia mahu jadi pemain badminton, kita doakan ya semoga adik Nubhan akan dapat capai cita cita dia, dia janji nanti kalau dia dapat capai cita cita, dia mahu bantu keluarga dan bantu ramai orang yang memerlukan. Semoga berjaya buat adik Nubhan,” jelasnya.
Baca juga:
Sumber: TikTok Ace Badminton & Instagram Adrian Edy
