Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan sebagai Guru Cemerlang di pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara.
Inisiatif ini melibatkan pelantikan di sekolah, Kolej Vokasional (KV), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM), English Language Teaching Centre (ELTC), Sekolah Dalam Hospital (SDH), serta beberapa institusi lain seperti Sekolah Integriti (SI), Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Henry Gurney (SHG), Sekolah Tunas Bakti dan Pusat PERMATA.
Baca juga: Ingatkan Alergik Biasa, Rupanya Kulit Gatal Boleh Jadi Petanda Awal Anda Hidap Diabetes!
PERMOHONAN PENSYARAH & GURU CEMERLANG DIBUKA, INI MAKLUMAT PENUH

Selain itu, peluang turut dibuka kepada Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2026.
Permohonan ini terbuka kepada PPP yang telah menerima opsyen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan melibatkan beberapa kategori serta gred jawatan yang ditetapkan mengikut skim masing-masing.
Bagi jawatan Guru Cemerlang (Siswazah) di sekolah menengah dan institusi berkaitan, melibatkan:
- Gred Khas C
- DG14
- DG13
- DG12
- DG10
Guru Cemerlang (Siswazah) sekolah rendah melibatkan gred:
- DG14 hingga DG10
Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ KV/ Pusat Anak PERMATA Negara pula, jawatan Guru Cemerlang melibatkan gred:
- DG7
- DG6
Pensyarah Cemerlang IPG, gred yang terlibat:
- Gred Khas C
- DG14
- DG13
- DG12
Memenuhi syarat-syarat umum
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat mum dan khusus seperti berikut:
a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
b) Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
c) Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 85% bagi tahun 2023, 2024 dan 2025;
d) Bebas daripada tindakan tatatertib (MYSPP Ceraian UP.3.1: Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat);
e) Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 24.04.2026);
f) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g) Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/tabung pendidikan;
h) Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
i) Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar)

Freepik
Calon juga perlu memenuhi syarat khusus yang berbeza mengikut kategori jawatan dan institusi seperti yang dinyatakan dalam lampiran berkaitan.
i. Lampiran A1 – Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah / KV/ Pusat Anak PERMATA Negara;
ii. Lampiran A2 – Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Rendah/SDH/ SI/ SHG/Pusat PERMATA;
iii. Lampiran A3 – Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Menengah/ SDH/ SI/ SHG/ MTD /KV/ IAB/ KM/ ELTC
iv. Lampiran A4 – Pensyarah Cemerlang (Siswazah) di IPG.
Tarikh-tarikh penting
Tarikh tutup permohonan bagi calon ditetapkan pada 24 April 2026 sebelum jam 11.59 malam, manakala pengesahan oleh Ketua Jabatan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 2 Mei 2026.
Proses penilaian dijangka berlangsung antara Jun hingga Ogos 2026, tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Hanya calon yang memenuhi syarat serta disenarai pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian tersebut.
Calon yang telah memberikan persetujuan melalui sistem ePangkat tidak dibenarkan menarik diri dan wajib hadir pada tarikh penilaian yang ditetapkan. Sebarang kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan termasuk penalti.
Keputusan akhir hanya akan diberikan kepada calon yang berjaya melepasi penilaian, diperakukan oleh KPM dan diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP). Surat Arahan Penempatan Pemangkuan akan disalurkan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Sekiranya tiada sebarang makluman diterima selepas 31 Ogos 2027, calon dianggap tidak berjaya dan disarankan untuk merujuk kepada Ketua Jabatan bagi pengesahan lanjut.
Baca juga: Seramai 13,779 Calon Raih Semua A Dalam SPM 2025, Gred Purata Kebangsaan Catat Peningkatan!
Sumber: epangkat.moe
