Euforia Bola 2026
Didik

Permohonan Guru DG9 Dibuka 2–20 Mac 2026, Peluang Emas Graduan Bukan Bidang Pendidikan Untuk Mohon

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuka permohonan bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) khusus untuk penempatan di sekolah rendah di seluruh negara.

Peluang ini terbuka kepada graduan bukan bidang pendidikan yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai guru dan menyumbang dalam sektor pendidikan negara.

Baca juga: Adik-Adik, Ini 10 Program Pengajian Di IPTA Paling Ramai Mohon… Susah ‘Lock’ Kalau Tak Penuhi Syarat!

PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, BUKAN PENDIDIKAN BOLEH MOHON

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Permohonan akan dibuka bermula 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi KPM di sini.

Antara syarat utama yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SVM
  • Graduan daripada bidang bukan pendidikan

Pengambilan ini memberi ruang kepada graduan pelbagai disiplin untuk menyertai profesion perguruan, khususnya bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah rendah.

KPM memaklumkan bahawa hanya calon yang melepasi tapisan awal akan dipanggil untuk menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan sesi temu duga.

Calon yang berjaya dilantik pula diwajibkan mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sepanjang tempoh kontrak.

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Bagaimanapun, latihan tersebut adalah di bawah pembiayaan sendiri dan menjadi syarat wajib dalam tempoh perkhidmatan secara kontrak.

Inisiatif ini dilihat sebagai peluang besar buat graduan yang sebelum ini tidak mengikuti laluan pendidikan formal dalam bidang perguruan, namun mempunyai minat dan komitmen tinggi untuk menjadi pendidik.

Dengan pembukaan pengambilan ini, graduan digalakkan membuat persediaan awal termasuk menyemak kelayakan akademik dan memastikan dokumen lengkap sebelum tarikh tutup permohonan.

Bagi yang bercita-cita menjadi guru sekolah rendah, inilah peluang untuk merealisasikan impian anda dalam dunia pendidikan.

Baca juga: KPM Pertimbang Buat Prasekolah Dua Sesi Tahun 2027, Untuk Elak Sesak Di Sekolah

Sumber: Instagram Kementerian Pendidikan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×