Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk menyertai Program Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM bagi sesi 2025/2026.
Peluang ini terbuka kepada warganegara Malaysia daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar universiti, pesara kerajaan, kakitangan swasta dan anggota kumpulan pelaksana. Macam mana nak mohon?
Baca juga: Rahsia Genggam 9A UPKK 2025, Ustazah Bonda Kongsi Strategi Murid Tahun 5 Boleh Mula Sekarang!
TAWARAN SEBAGAI SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN STPM 2025, ORANG AWAM DIPELAWA!

Menariknya, program ini bukan sekadar aktiviti sukarela. Ia turut menawarkan elaun harian, pengalaman bertugas secara profesional, serta peluang mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. MPM membuka penyertaan kepada lima kategori berikut:
1. Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Umur tidak melebihi 65 tahun
- Terbuka kepada pesara siswazah dan bukan siswazah
2. Pelajar IPTA/IPTS, IPG, Matrikulasi & Asasi
- Berumur 19 tahun dan ke atas
3. Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) / Sekolah Swasta / MRSM
- Berumur 19 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada guru siswazah atau bukan siswazah
4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) & Pekerja Kontrak Kerajaan
- Berumur 19 tahun dan ke atas
- Mempunyai kelayakan minimum SPM atau setaraf
5. Kakitangan Bukan Kerajaan, Pesara Kerajaan & Pesara Swasta
- Umur minimum 19 tahun (pesara tidak melebihi 65 tahun)
- Kelayakan minimum SPM atau setaraf
Bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan, calon pengawas perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 65 tahun
- Tidak mengambil peperiksaan ketika bertugas
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik
- Berkelulusan SPM atau setaraf
- Berdisiplin, beretika dan berpenampilan kemas
- Mampu memberikan komitmen penuh sepanjang tempoh peperiksaan
- Tiada rekod jenayah atau masalah disiplin
- Keutamaan kepada calon yang ada lesen memandu & kenderaan sendiri
- Pengesahan kesihatan diperlukan bagi pesara
Pelantikan adalah sebagai pengawas peperiksaan sahaja dan tertakluk kepada kekosongan. Calon berpengalaman sebagai pengawas peperiksaan amat digalakkan, namun ia bukan syarat wajib.
Cara Untuk Anda Memohon

Foto: THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BHD
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut: https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
Perhatian sebelum menghantar permohonan:
- Isi borang dengan huruf besar
- Lampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan
- Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
- Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap
Tempoh Permohonan Dibuka: 14 November 2025 – 30 November 2025
Sukarelawan yang dilantik akan bertugas mulai: 20 Januari 2026 – 26 Februari 2026
Tugas melibatkan kawalan dan pemantauan peperiksaan STPM di pusat peperiksaan yang akan ditentukan oleh MPM.
Kesimpulannya, program sukarelawan ini merupakan peluang terbaik untuk menimba pengalaman, menambah pendapatan sampingan dan menyumbang kepada kelancaran peperiksaan awam negara. Jika anda memenuhi syarat dan berminat untuk bertugas sebagai pengawas, pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup!
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia
