Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Perempuan Haid Dilarang Memandikan Jenazah, Tapi Sebenarnya Boleh Atau Tidak?

mandikan jenazah

Isu perempuan haid mandikan jenazah sering menjadi persoalan dalam masyarakat, terutama apabila melibatkan ahli keluarga terdekat yang ingin turut serta dalam pengurusan jenazah.

Ada yang beranggapan wanita haid tidak boleh terlibat langsung dalam proses memandikan mayat kerana dianggap tidak suci. Jadi, artikel ini akan membincangkan hukum sebenar menurut pandangan ulama mazhab Syafie.

Baca juga: Berbulan-Bulan Suami Tak Tunaikan Nafkah Batin, Isteri Jangan Biarkan Diri ‘Terseksa’!

PEREMPUAN HAID MANDIKAN JENAZAH, DIBOLEHKAN ATAU SEBALIKNYA

MANDIKAN JENAZAH

Menerusi perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, tiada halangan bagi orang berjunub mahupun orang yang sedang berhaid untuk memandikan jenazah, imam al-Nawawi menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya, Minhaj al-Tolibin:

ويغسل الجنب والحائض الميت بلا كراهة

“Orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid tidak makruh memandikan jenazah.”

Perlu diingatkan bahawa wanita itu tidak menjadi najis disebabkan oleh keadaan haid yang bersifat sementara itu; sebaliknya, yang najis hanyalah sesuatu yang keluar daripadanya, iaitu darah semata-mata. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

إنَّ المُؤْمِنَ لا يَنْجُسُ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu tidak menjadi najis. ” Riwayat al-Bukhari (275) dan Muslim (371)

Secara umumnya, tubuh badan wanita yang sedang haid kekal dianggap suci, termasuk peluhnya dan juga lebihan air minuman daripadanya, sama seperti keadaan orang yang berjunub. Hal ini telah disepakati oleh ramai ulama dan dinukilkan sebagai ijmak.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa wanita yang berada dalam keadaan haid tidak dihalang untuk terlibat dalam pengurusan jenazah, termasuk hadir ketika nazak, memandikan, mengafankan, dan menyempurnakan urusan jenazah, selagimana perkara tersebut tidak bercanggah dengan prinsip asas kesucian dan penghormatan terhadap si mati.

Oleh itu, kehadiran wanita haid dalam urusan kematian adalah dibenarkan, lebih-lebih lagi jika tiada unsur yang mencemarkan atau menjatuhkan maruah si mati, serta dilakukan dengan penuh adab terhadap amanah dan tanggungjawab yang ditunaikan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Trend Lelaki Pakai Rantai & Gelang Makin Menjadi-Jadi, Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

Sumber: Facebook & Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×