Percutian eco friendly atau mesra alam menjadi pilihan terbaik bagi ibu bapa yang ingin menikmati keindahan semula jadi bersama anak-anak.
Percutian seperti ini bukan sahaja menenangkan tetapi turut mendatangkan manfaat kepada anak untuk mempelajari tentang kepentingan alam sekitar.
Baca juga: Anak Demam Panas Ketika Tunaikan Haji, Tapi Dengan 1 DOA Ini, Demam Si Kecil Makin Kebah
SENARAI PERCUTIAN ECO FRIENDLY DENGAN ANAK, TENANGNYA JIWA
Jadi, di bawah ini penulis kongsikan 6 tempat percutian eco friendly boleh dikunjungi bersama anak:
1. Taman Negara, Pahang

Percutian eco friendly dengan anak yang boleh dilawati adalah Taman Negara Pahang yang kaya dengan keindahan flora dan fauna.
Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Kuala Tahan, terletak lebih kurang 68 km dengan hanya 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut.
Antara aktiviti boleh dilakukan adalah bermalam di Bumbun, kembara gua, eksplorasi sungai, memancing, berkhemah dan lain-lain.
Lawatan ke perkampungan Orang Asli juga boleh dilakukan agar anda mendapat pendedahan kepada kehidupan tradisional yang harmoni dengan alam.
2. The Habitat, Bukit Bendera, Pulau Pinang

The Habitat merupakan destinasi percutian eco friendly yang terletak di atas Bukit Bendera. Ia menampilkan laluan denai semula jadi yang selamat dan mudah diakses oleh kanak-kanak, menjadikan ia tempat sesuai untuk keluarga.
Anak-anak boleh melihat pelbagai spesies tumbuhan hutan hujan dan haiwan kecil, serta mempelajari tentang biodiversiti Malaysia melalui papan info interaktif.
Tarikan utama seperti Langur Way Canopy Walk dan Curtis Crest Tree Top Walk memberi pengalaman melihat hutan dari perspektif yang berbeza. Ia menggabungkan elemen pembelajaran dan keseronokan secara seimbang.
3. Ruza Agrotech
Percutian eco friendly untuk anak yang selanjutnya adalah di Ruza Agrotech terletak di Kulim, Kedah. Syarikat ini beroperasi di atas tanah seluas hampir 52 ekar, menggabungkan pertanian, penternakan, dan pelancongan dalam satu konsep yang mesra keluarga .
Aktiviti menarik di Ruza Agrotech boleh dilakukan:
Petting Zoo: Anak-anak dapat berinteraksi dengan pelbagai haiwan jinak.
Ladang Buah & Sayuran: Melawat dan mempelajari proses pertanian secara langsung.
Aktiviti Lasak: Termasuk berkuda, memanah, dan ATV.
Floating Market: Pasar terapung yang menawarkan pelbagai barangan tempatan.
Food Court & Grocery: Menikmati makanan tempatan dan membeli hasil ladang serta produk buatan sendiri .
4. Kundasang, Sabah

Kundasang terkenal dengan pemandangan semula jadi pastinya mampu memukau anak-anak. Aktiviti utama yang sesuai untuk si kecil lakukan pastinya melawat Desa Dairy Farm di mana mereka boleh melihat sendiri proses memerah susu lembu, memberi makan anak lembu, dan menikmati produk tenusu segar.
Selain itu, terdapat ladang sayur organik dan taman bunga yang boleh dilawati, memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengenali pelbagai jenis tanaman dan belajar tentang pertanian mesra alam. Cuaca yang sejuk juga menjadikan aktiviti luar lebih selesa untuk seisi keluarga.
5. Kem di Gopeng, Perak
Di Gopeng, terdapat beberapa kem eco-friendly yang menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi sambil melakukan aktiviti menarik seperti berkhemah, mempelajari kemahiran asas hutan, meneroka gua dan menyusuri sungai.
6. Bamboo Villages

Bagi anda yang mencari suasana lebih tenang dan nyaman di Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Bamboo Village.
Selain penginapan yang unik, resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti berasaskan kelestarian di mana mampu memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan komuniti setempat.
Percutian eco-friendly bukan sekadar rehat dan hiburan, ia juga merupakan peluang untuk terapkan nilai cintakan alam semula jadi kepada generasi muda.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: 20 Senarai Kedai Makan Paling Sedap Di Kelantan, Itu Sebab Orang Panggil ‘Syurga’ Makanan!
Sumber: Wildlife & Eco Lodges
