Euforia Bola 2026
Percutian

Percutian Bajet Di Batam Selama 2H1M, Hanya RM500 Sekali Shopping. Berbaloi Sangat!

PERCUTIAN DI BATAM

Menerusi Facebook milik Fara Shafina, dia ada kongsikan percutian di Batam selama 2 hari 1 malam bersama 5 orang. Menariknya, trip ini hanya sekitar RM500 seorang termasuk kos untuk membeli belah.

Jadi, sekiranya anda memilih Batam, Indonesia sebagai destinasi pelancongan bersama insan tersayang, boleh guna itinerari penuh seperti dikongsikan di bawah ini.

Baca juga: Itinerari 5H4M Bercuti Di Labuan Bajo Versi Mesra Kanak-Kanak, Indah Tak Terkata!

PERCUTIAN DI BATAM, HANYA RM500 SEORANG SEKALI SHOPPING

PERCUTIAN DI BATAM

DIY Batam 2 hari 1 malam untuk 5 orang. Kos hanya RM500 sekepala sekali membeli-belah.

Kos pengangkutan:

Johor – Batam: RM90.00/head
Batam – Johor: RM94.86/head
Tax- RM25/head
Ferry RM210
Hotel: RM40
Grab: RM21 (2 Hari di Batam)
Total Kos: RM271

Percutian bajet di Batam, hari pertama:

9:00am: Bertolak ke Batam
11:00am: Makan tengah hari di Nagoya Food Court
11:45am: Letak barang dekat Hotel
12:00pm: Puncak Beliung
Entrance Fee: RM25/90,000 Rupiah
4:00pm: Balik Hotel – Chekin (Solat & Rehat)
5:00pm: De Sands Cafe (Santorini)
6:00pm: Makan malam di Medan Selera (Depan De Sands Cafe)
7:00pm: Blue Fire Beach/Next Level Koffie 🍾
9:00pm: Restoran Banda Gadang 🍜
10:00pm: Balik Hotel
Lepak Circle K (sederet Hotel) Kafe sedap dan murah.

PERCUTIAN DI BATAM

Percutian bajet ke Batam, hari kedua:

8:00am: Pasar Seken (Pasar Karat)
10:00am: Brunch di Morning Bakery
11:00am: Membeli belah di Nagoya Hill
12:30pm: Check out hotel
2:00pm: Makan tengah hari di D Penyet Batam Centre Point
Bergerak pulang ke Johor Bahru.

Tukar Duit MYR to IDR:  RM230 = 844,000Rupiah
Makan: RM50 (Kos makan sangat murah dan ada lebihan)

*Bagi anda yang tinggal di Johor Bahru dan ingin melancong di luar negara secara bajet, Batam Indonesia adalah pilihan yang tepat. Pelbagai tempat menarik ada di sini dan pasti mampu membuat anda teruja.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua. Selamat melancong bersama insan tersayang di Batam.

Baca juga: Kuala Lumpur Menjadi No.1 Bandar Di Asia Paling Peramah & Mesra Pelancong, Sebagai Rakyat Kita Patut Bangga!

Sumber: Facebook Fara Shafina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×